View: 3802|Reply: 8
|
[DUNIA]
Nostalgia Kegemilangan Kompleks Yik Foong Di Ipoh
[Copy link]
|
|
Nostalgia Kegemilangan Kompleks Yik Foong Di Ipoh
Amat mengejutkan apabila Kompleks Yik Foong masih bertahan sehingga ke hari ini walaupun tidak semegah zaman dahulu sejak pembukaannya sekitar pada tahun 1983.
Tidak seperti pasaraya hebat dan penuh dengan nostalgia di negeri Perak antaranya ialah Parkson Ria, Super Kinta, Ocean dan juga Bingo Town di Ipoh. Kita semua sudah maklum bahawa semua pasaraya terawal yang pernah gah di Ipoh satu ketika dahulu kini sudah ditutup.
Kompleks yang penah menjadi bualan hangat dan tumpuan orang ramai pada satu ketika dahulu oleh penduduk di sekitar negeri Perak terutamanya buat mereka yang tinggal di sekitar Kinta iaitu Kompleks Yik Foong yang terletak di persimpangan Jalan Laxamana dan Jalan Sultan Idris Shah (Brewster Road). Kompleks ini banyak memberi kenangan dan nostalgia bagi mereka yang rata-rata pada hari ini sudah pun berumur.
Sejak dari hari pertama ia dibuka kepada orang ramai pada sekitar tahun 1983, Glory Supermarket adalah penyewa utama yang menarik perhatian pengunjung yang datang.
Pesaing utama yang ada pada waktu itu adalah pasaraya yang tidak juga kurang hebatnya seperti Super Kinta, Emporium Perak, Crescendo dan bazar bulat Yau Tet Shin. Namun, sepertimana yang diberitahu tadi, semuanya kini sudah tiada dan yang tinggal hanyalah Kompleks Yik Foong sahaja.
Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Kompleks Yik Foong kini telah dijenamakan semula dan dikenali dengan nama Plaza Low Yat, Ipoh oleh orang ramai di sekitar negeri Perak.
Hal ini kerana mereka yang berniaga di dalam kompleks tersebut mengkhususkan diri dalam bidang penjualan produk yang berasaskan elektronik dan IT yang masih bertahan sehingga ke hari ini.
Yik Foong Management Corp adalah syarikat yang menguruskan Kompleks Yik Foong yang penuh dengan nostalgia di bandaraya Ipoh di negeri Perak. Encik Chen Tin Gan adalah individu yang bertanggung-jawab dalam semua hal ehwal pengurusan sebagai pengurus korporat kepada Kompleks Yik Foong setelah Glory Supermarket memberhentikan operasinya pada tahun 1996.
Pengambaran filem di Kompleks Yik Foong
Apabila Glory Supermarket berhenti operasi di Kompleks Yik Foong, konsep perniagaan mereka yang menyewa di sana terus berubah angin kepada perniagaan seperti pendandan rambut, kedai fesyen dan tukang jahit.
Mereka yang berniaga disana kebanyakannya adalah golongan muda yang cuba nasib dan menceburkan diri dalam bidang perniagaan di Kompleks Yik Fong yang amat gah pada waktu itu.
Untuk pengetahuan anda pembaca setia orangperak.com, SUB Fashion yang amat terkenal dan punyai lebih 30 cawangan di seluruh negara Malaysia pada hari ini dikatakan mula beroperasi perniagaan mereka di Kompleks Yik Foong.
Mereka adalah pengeluar jenama pakaian SUB dan juga merupakan antara pelopor dan penggerak dunia fesyen yang amat berjaya pada hari ini dan di Kompleks Yik Foonglah lokasi pertama mereka beroperasi.
Pada hari ini, kebanyakan penyewa di Kompleks Yik Foong adalah mereka yang berniaga alat elektronik dan berasaskan IT. Kebanyakan jenis perniagaan yang ada di kompleks tersebut adalah telefon bimbit, komputer, perkakasan komputer, perisian dan aksesori. Kompleks Yik Foong masih menjadi tumpuan anak muda dan golongan veteran yang ingin mencari telefon bimbit dan barangan elektronik.
Tingkat atas Kompleks Yik Foong
Apabila diimbas kembali pada zaman lalu, ingatkah anda pada waktu dahulu ada sebuah pusat permainan video di tingkat yang paling atas?
Seperti yang kita sedia tahu akan undang-undang dan syarat umum untuk masuk ke pusat permainan video tersebut mestilah 18 tahun keatas tetapi rata-rata pelanggan di pusat tersebut adalah remaja di bawah 18 tahun. Inilah satu-satunya hiburan yang ada di sekitar Ipoh pada waktu itu.
Pengalaman mereka yang pernah rasakan zaman kegemilangan Kompleks Yik Fong yang punyai empat tingkat semuanya ini amat menggamit memori. Ianya adalah satu nostalgia dan pengalaman yang amat berharga dan tidak boleh didapati lagi pada hari ini.
Adakah anda pembaca setia orangperak.com masih ada gambar-gambar lama di sekitar Kompleks Yik Foong? Kongsikan diruangan komen untuk tatapan pembaca lain dan kongsikan kisah-kisah anda untuk kita sama-sama senyum imbas kembali kisah lalu.
Sumber:https://www.orangperak.com/nosta ... -foong-di-ipoh.html
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
rindu this place. and super kinta as well in the late 80's and early 90's. |
|
|
|
|
|
|
|
ocean pun sekitar sekitar tu jugak.... outing... jalan kaki merentas taman DR |
|
|
|
|
|
|
|
Sampai sekarang iolls masih pergi yik foong kalau nak buat rambut. Murah sangat |
|
|
|
|
|
|
|
rindunya lahai...zaman blaja poli pegi sana beli PC kongsi duit dgn adik pakai duit PTPTN..pegi salon skli..teman kakak buat straight rambut situ..pegi kedai CD PS2..cari poster hero2 jepun.. collection anime..kedai kaset kat corner tu cari kaset NSYNC..beli printer.. repair laptop...
kedai bawah tu lepak mkn..rindu ahh... |
|
|
|
|
|
|
|
tpt lepak zaman 90an....
kena pau pun kat situ jugak....
hahahahha |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu buat mix tape kat friendly record (kedai kaset) |
|
|
|
|
|
|
|
tiap kali outing pegi situ
ada kedai roti betul2 depan escalator hala naik |
|
|
|
|
|
|
|
Memori betol YikFong ni, tmpt repair laptop, jahit baju kurung.. buat rmbut maser sekolah pun kt sini gak.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|