CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 392|Reply: 0

[Terengganu] 232 daftar lewat sijil lahir di Terengganu

[Copy link]
Post time 1-9-2022 05:07 PM | Show all posts |Read mode

MOHAMAD NASIR KAREEM


KUALA TERENGGANU:  Sebanyak 232 permohonan pendaftaran lewat sijil kelahiran di seluruh negeri ini direkodkan dalam tempoh Januari hingga Julai lalu.

Pengarah Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Terengganu, Mohamad Nasir Kareem berkata, pihaknya mendapati masih ramai penduduk di negeri ini mengambil mudah mengenai keperluan permohonan pendaftaran awal setiap kelahiran.

Menurutnya, mereka mungkin tidak sedar mengenai kesukaran bakal dilalui jika melengahkan proses pendaftaran kelahiran bayi.

“Tiga alasan popular yang sering diberi ibu bapa setiap kali lewat membuat pendaftaran kelahiran anak mereka adalah masalah keluarga, tiada kenderaan ke pejabat JPN  dan tiada duit,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) yang diadakan serentak dengan sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam.

Beliau berkata, pelbagai masalah akan timbul sekiranya lewat memohon sijil kelahiran seperti pendaftaran memasuki sekolah dan kemasukan ke hospital kerana banyak prosedur perlu dilakukan untuk mengenal pasti identiti individu tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada bayi merdeka sempena Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) dan sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam.

Menurut Mohamad Nasir, kes paling menarik berlaku pada tahun 2010 melibatkan seorang individu berusia lebih 60 tahun yang tidak mendaftarkan kelahirannya.

“Individu itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri sepanjang tempoh tersebut,” ujarnya.

Selain itu, beliau memberitahu, JPN Terengganu giat melakukan pelbagai program kesedaran untuk menggalakkan penduduk melakukan pendaftaran kelahiran awal dalam tempoh 60 hari selepas dilahirkan bagi memudahkan mereka mendapat sijil kelahiran.

“Melepasi tempoh 60 hari, ia akan dikategorikan sebagai daftar lewat dan prosesnya perlu dilakukan dengan cara berbeza serta sedikit sukar kerana perlu diperhalusi terlebih dahulu, selain dikenakan bayaran RM50,” katanya. –UTUSAN ONLINE
https://www.utusan.com.my/berita ... ahir-di-terengganu/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.183190 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list