CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 367|Reply: 0

[Kelantan] Kes denggi meningkat 200 peratus di Kelantan

[Copy link]
Post time 3-9-2022 02:09 PM | Show all posts |Read mode

DR Zaini ditemui pemberita selepas merasmikan Program Sunathon Amal Alor Pasir 2022 anjuran bersama Masjid Al-Mustaqim, Kampung Alor Pasir dan Gabungan 11 Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan. FOTO Siti Rohana Idris

Tanah Merah: Sehingga 20 Ogos lalu sebanyak 513 kes denggi dicatatkan di negeri ini dengan peningkatan 373 kes berbanding 140 yang direkodkan dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, peningkatan itu mencatatkan sebanyak 252.21 peratus dan ia kemungkinan besar disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu sekali gus mengaktifkan virus bawaan vektor nyamuk aedes itu.

"Terdapat dua kes kematian denggi dicatatkan pada tahun ini namun tahun lalu tiada kematian direkodkan dalam tempoh yang sama.


"Pada tahun ini juga terdapat 26 episod wabak denggi dilaporkan di negeri Kelantan berbanding enam episod dalam tempoh yang sama tahun lalu.

"Lima wabak denggi yang aktif di seluruh Kelantan iaitu di kawasan Kota Bharu membabitkan Taman Sri Mahang (Ketereh), Pantai Sabak, Cherang, Taman Kurnia Jaya 1 dan Taman Kurnia Jaya 2 di Kemumin," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Dr Zaini berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) juga sudah mengeluarkan 1,087 kompaun yang dicadang dengan nilai RM543,500 di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975.

Katanya lagi, sebanyak 109 Notis Seksyen 8 turut dikeluarkan bagi arahan kerja pembersihan dan pemusnahan tempat berpotensi menjadi pembiakan aedes.

"Daripada pemeriksaan pembiakan aedes ke atas 154,640 premis dan rumah kediaman, 5,667 daripada premis itu mempunyai tempat pembiakan jentik-jentik.

"Masyarakat dinasihatkan membuat pemeriksaan sendiri di persekitaran rumah kediaman atau premis masing-masing dengan memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk aedes di dalam dan luar rumah," katanya.

Terdahulu beliau hadir merasmikan Program Sunathon Amal Alor Pasir 2022 anjuran bersama Masjid Al-Mustaqim, Kampung Alor Pasir dan Gabungan 11 Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan yang membabitkan 65 kanak-kanak dari kalangan asnaf di sekitar Kampung Alor Pasir, di sini.

Dalam perkembangan Covid-19 di negeri ini, Dr Zaini berkata, purata kes harian yang dicatatkan sekitar 50 hingga 60 kes dan situasi itu dilihat masih terkawal selari dengan peralihan kepada fasa endemik.

Katanya lagi, kebanyakan kes yang diterima adalah tidak serius dan fasiliti di hospital serta wad masih lagi boleh menangani kemasukan pesakit.

"Masyarakat masih digalakkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutama mereka yang menghidap penyakit berkaitan paru-paru atau mempunyai imuniti rendah," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... peratus-di-kelantan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.350700 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list