View: 1707|Reply: 1
|
[DUNIA]
Umpan Sotong Tertua Dunia Mendedahkan Kecerdikan Kaum Chamorro
[Copy link]
|
|
Umpan Sotong Tertua Dunia Mendedahkan Kecerdikan Kaum Chamorro
Takdir menyebelahi Eropah berbanding Amerika Syarikat. 200 tahun adalah masa sangat lama. Sekarang Amerika Syarikat perlu merawat sejarah mereka yang penuh dengan siri pembasmian etnik dan diskriminasi kaum. Garisan etnik dilihat tidak percaya antara satu sama lain. Manakala Eropah pula lebih stabil dari segi penerimaan kebudayaan lain. Jika dibandingkan, kepelbagaian kaum kedua-dua rantau ini sebenarnya sama.
Namun pendekatan diambil pemerintahan lampau telah mencetuskan dominasi satu kaum, iaitu etnik White. Hasilnya, ramai tidak tahu kewujudan kaum-kaum minoriti dan peribumi seperti Chamorro yang berasal daripada Kepulauan Mariana di Guam terutamanya.
Kaum Chamorro.
Bukan semua orang kenal kaum Chamorro ini. Malah jangan pelik jika warga Amerika Syarikat sendiri tidak pernah dengar pasal mereka. Kaum ini bertutur dalam bahasa yang merupakan sebahagian daripada rumpun Melayu-Polynesia. Malangnya bahasa ini diancam teruk semasa zaman penjajahan Sepanyol yang menukarkan sistem tulisan dan nombor ikut acuan Latin (Goetzfridt, 2007).
Pembasmian ini amat merugikan, kerana Chamorro mempunyai banyak benda yang tidak diketahui dunia. Dan baru-baru ini, saintis merungkaikan salah satu misteri tersebut. Barangkali mereka sendiri tidak tahu pasal misteri ini.
Asas Yang Menjaminkan Kehidupan
Kepulauan Mariana di tengah Lautan Pasifik membuka hipotesis mudah, bahawasanya penghuni di sana pasti makan hasil laut. Jadi mereka perlu kreatif mencari jalan untuk tangkap ikan misalnya. Semua orang tahu ikan perlu diumpan. Dan baru-baru ini saintis menemui apa yang mereka yakin adalah umpan sotong. Dan umpan ini berasal daripada zaman sekurang-kurangnya 3,500 tahun yang lalu, diguna penghuni pulau Tinian dan Saipan (Carson & Hung, 2021).
Saintis menemui umpan sotong kurita.
Umpan ini diperbuat daripada cangkerang kerang gerus yang diikat bersama ladung batu dan mata kail. Sotong kurita sangat suka kerang gerus. Kaum Chamorro mungkin mengetahui benda ini setelah lama memerhati… barangkali membelah perut sotong kurita dan menemui sisa cangkerang ini.
Saintis yang terlibat cuba mencungkil rahsia ini dengan persoalan-persoalan baharu. Setakat ini mereka yakin inilah umpan sotong kurita paling tua dunia. Mereka membandingkan dengan umpan ditemui di Tonga daripada zaman 3,000 tahun yang lalu. Seninya sangat sama, menunjukkan ilmu Chamorro diwarisi secara turun temurun.
Contoh umpan sotong kurita.
Jadi persoalannya, ilmu ini berasal daripada mana? Apakah kaum Chamorro belajar selepas menyesuaikan diri di Kepulauan Mariana… atau mereka sudah tahu ilmu ini daripada tempat asal mereka (yang masih misteri)? Buat masa ini, semua penanda aras menampakkan Chamorro cipta selepas menyesuaikan diri di Kepulauan Mariana.
Perkara ini membuktikan kemampuan mereka untuk selesaikan masalah. Tidak pasti jika masalah ini berpunca daripada keterdesakan, tradisi atau minat. Sama ada mereka terlalu lapar kerana tiada ikan. Atau tradisi mereka bahawa memakan sotong kurita adalah sebahagian daripada anutan agama. Atau mereka sekadar suka sotong kurita.
Cangkerang yang dibuka saintis. Setiap lubang adalah untuk masukkan tali.
Namun mereka menemui jalan untuk tangkap sotong kurita secara kreatif, tanpa perlu bersusah payah guna cara melulu. Dan daripada perspektif arkeologi, umpan purba ini dijangka akan menghubungkan Chamorro dengan kaum-kaum lain suatu masa kelak… sepertimana penemuan Tonga dihubungkan dengan penemuan ini. Ia membina suatu jambatan ilmu, seolah-olah menerangkan perihal evolusi teknologi kerana fitrah manusia adalah belajar antara satu sama lain.
RUJUKAN:
Carson, M., & Hung, H. (2021). Let’s catch octopus for dinner: ancient inventions of octopus lures in the Mariana Islands of the remote tropical pacific. World Archaeology. 53 (4): 599.
Goetzfridt, N. (2007). Pacific Ethnomathematics: A Bibliographic Study. University of Hawaii Press. Halaman 293.
Sumber:https://www.thepatriots.asia/ump ... ikan-kaum-chamorro/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Info yang sangat bermanfaat, terima kasih TT |
|
|
|
|
|
|
| |
|