CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2416|Reply: 7

[DUNIA] Singapura Mengangkat Nama Sang Nila Utama Di Bumi Mereka

[Copy link]
Post time 9-9-2022 07:21 PM | Show all posts |Read mode
Singapura Mengangkat Nama Sang Nila Utama Di Bumi Mereka


Para pemimpin kita sentiasa diingatkan agar tidak melupakan sejarah dan warisan negara. Kalau hal ini tak dibuat endah sebab nak kejar populariti segera, yang buruknya negara. Sebab bila orang lain dakwa figura tertentu jadi sebahagian daripada naratif sejarah mereka, yang melahunya kita. Dan itu yang berlaku di Singapura di mana sebuah jalan baru yang dinamakan sempena nama Sang Nila Utama akan dibuka.

Ikut keterangan media Singapura, Jalan Sang Nila Utama (Sang Nila Utama Road) akan dibuka kepada lalu lintas kenderaan pada 25 September ini. Jalan dua lorong ini akan dibuka sepenuhnya menjelang separuh pertama 2024.

Dengan kewujudan jalan baru ini, pengguna jalan raya Singapura dapat bergerak ke Mount Vernon Road dari Upper Aljunied Road. Disebabkan ia dihubungkan dengan Mount Vernon Lane sebelum boleh memasuki Mount Vernon Road, pengguna jalan raya diingatkan agar mengikut penghadang, papan tanda lencongan dan pengawal trafik yang bertugas sebagai panduan.

Kejap, kejap. Kenapa kita nak melenting dengan pengumuman Singapura ini? Jalan je pun. Hakikatnya, ini nak tunjuk bahawa negara jiran kita lebih pandai hargai sejarah daripada kita. Dan ini bukan sekali dibuat kalau ikut kerja yang dilakukan sejak beberapa tahun lepas.




Contohnya, pada 2019, empat buah patung figura bersejarah Singapura ditempatkan bersama patung Stamford Raffles. Empat patung figura tersebut ialah Sang Nila Utama, Tan Tock Seng, Munshi Abdullah dan Naraina Pillai. Nama keempat-empat tokoh ini dipilih bagi mewakili sumbangan mereka kepada pembentukan Singapura yang kita kenali hari ini.


'Patung-patung figura kebanggaan Singapura termasuk Sang Nila Utama. Sumber: Singapore Bicentennial Office


Jadi, siapa sebenarnya Sang Nila Utama? Sang Nila Utama merupakan seorang putera Melayu yang berdarah keturunan diraja Srivijaya. Bagindalah yang kerajaan Singapura lama pada tahun 1324. Sang Nila Utama merupakan putera Sri Nila Pahlawan (Sri Maharaja Sang Sapurba Paduka Sri Trimurti Tri Buana) dan Wan Sendari (puteri Demang Lebar Daun pemerintah Palembang).

Semasa memburu di sebuah pulau, Sang Nila Utama ternampak seekor rusa dan mengejarnya sehingga sampai ke sebuah batu besar. Sebaik memanjat batu besar berkenaan, baginda ternampak sebuah pulau lain dengan pasir pantainya memutih dan indah. Selepas diberitahu pulau tersebut dipanggil Temasek, Sang Nila Utama mengambil keputusan untuk berlayar di situ.

Malangnya, semasa pelayaran, kapal mereka dibadai ribut sekaligus mengakibatkan air mula memasuki kapal. Bagi mengelak kapal karam, anak-anak kapal berusaha meringankan berat kapal dengan membuang semua barang berat dalam laut. Tetapi air terus memasuki kapal dan ini mendorong sang nakhoda yang mengetuai pelayaran memberitahu Sang Nila Utama untuk membuang mahkota baginda ke laut. Selepas baginda berbuat demikian, ribut yang dialami tiba-tiba berhenti dan akhirnya mereka sampai di Temasek.

Sebaik tiba di situ, Sang Nila Utama bergerak ke hutan untuk memburu. Tiba-tiba baginda terlihat seekor bintang aneh tetapi cantik yang berbadan merah, berkepala hitam dan berdada putih. Bila ditanya perihal haiwan tersebut, seorang pembesar memberitahu itulah rupa seekor singa. Melihat ini sebagai satu petanda yang baik, sebuah kerajaan ditubuhkan baginda di Temasek yang diberi nama Singapura yang bermaksud kota Singa.

Sang Nila Utama memerintah Singapura selama 48 tahun. Menjelang tahun 1372, baginda mangkat dan dimakamkan di Bukit Larangan (kini dinamakan sebagai Fort Canning Hill). Tetapi sehingga hari ini, lokasi sebenar makam baginda tidak diketahui. Disebabkan prestijnya sebagai makam diraja untuk raja-raja Melayu, Raffles sendiri dikatakan mahu dimakamkan di situ.


Jalan Sang Nila Utama merupakan sebahagian daripada pembangunan perumahan terbaru Singapura yang dipanggil Bidadari. Selain jalan, sebuah laluan warisan sejauh 700 meter juga akan dibina dengan setiap papan tanda sepanjang laluan menceritakan bagaimana Singapura wujud. Salah satu bahagian taman ini turut dinamakan sempena Sang Nila Utama iaitu Sang Nila Utama Boulevard.

Tengoklah betapa sungguh-sungguhnya orang luar martabatkan sejarah figura Melayu. Yang kita ini, tercegat je sambil biar warisan sejarah kita musnah dimamah geng kapitalis atau terbiar dimamah perubahan masa. Malulah sikit. Bak kata seorang penulis bernama Srikandi, “Memperingati asal usul bangsa akan boleh membantu sesebuah bangsa bertahan dalam saat-saat genting dan goyah dengan bertaut kepada masa silam.” Jangan biar orang lain tuntut dan ubahsuai sejarah figura kita agar bersesuaian dengan naratif mereka!

RUJUKAN

Berita Harian Singapura. (2022, 19 Ogos). Jalan ‘Sang Nila Utama Road’ dibuka di Bidadari mulai 25 Sep.

Wan Ting, K. (2022, 19 Ogos). New Sang Nila Utama Road, named after legendary Malay prince, to open in Bidadari area on Sep 25. Channel News Asia.

Sumber:https://www.thepatriots.asia/sin ... ama-di-bumi-mereka/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2022 05:12 PM | Show all posts
yang aku ingat Tun Nila Utama, Raja Muda Pura Cendana..

berbalik pada kisah singapura dapat nama, macaman boleh bliau terfikirkan nampak singa tu petanda baik, kan.. tak terjangkau dek akal..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 04:16 PM | Show all posts
ye, ada benda positive yg boleh dipelajari, tapi keraaan tak mahu belajar darinya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 04:41 PM | Show all posts
jap aku confuse apa masalah nya singapore claim sang nila utama? mmg betul kan sang nila utama yg buka singapore. dulu masa singapore claim stamford raffles yg founding singapore melayu juga marah kata singapore ubah sejarah, skang sg nak acknowledge SNU melayu juga marah kata ubah2 ikut naratif. wtf melayu nak sebenarnya? hey jgn lupa, walaupon singapore tu mmg negara kapir but sg still dlm rumpun kepulauan melayu, rakyat diorg pon byk melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2022 02:50 PM | Show all posts
sinapore aku tau Hang Nadim je,upanya ade yg lain ke
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2022 02:22 PM | Show all posts
Pulau Temasik diberi nama Singapura, dikarenakan menurut berbagai sumber, Sang Nila Utama melihat seekor singa ketika sedang beristirahat ...
aka ms myrecoverykey
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2022 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam best je sejarah pasal Sang Nila ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Best jga klu ada movie Sang Nila Utama ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.042014 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list