View: 544|Reply: 0
|
[Kedah]
1,317 murid serikan sambutan Bulan Kebangsaan dengan berpakaian mengikut etnik
[Copy link]
|
|

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Dato Wan Kemara, Mohd Nizam Saidin (tengah) bersama sebahagian guru dan murid memakai baju mengikut etnik di Malaysia sempena Bulan Kebangsaan peringkat sekolah itu di Changlun. NSTP/Luqman Hakim Zubir
KUBANG PASU: Seramai 1,317 murid dan 93 guru Sekolah Kebangsaan Dato' Wan Kemara, Changlun, di sini memeriahkan majlis penutupan Bulan Kebangsaan peringkat sekolah dengan memakai baju mengikut etnik dan masyarakat zaman dahulu.
Sejak awal pagi, murid yang datang dilihat sangat bersemangat dan ceria dengan turut mengenakan pakaian pahlawan Melayu, ulama terkenal zaman penjajah serta uniform pasukan keselamatan negara.
Guru Besar, Mohd Nizam Saidin, berkata sambutan tahun ini diadakan dengan lebih meriah selepas dua tahun negara dilanda pandemik COVID-19.
Katanya, pihak sekolah turut mengadakan pertandingan pakaian beragam yang disertai 246 murid daripada Tahun Satu hingga Tahun Enam.
"Kita mendapat kerjasama yang baik daripada waris mengikut kemampuan masing-masing. Ternyata ibu bapa murid sekolah ini begitu kreatif menghiaskan pakaian anak mereka dengan cantik dan mengikut tema.
"Ia secara tidak langsung dapat menaikkan semangat mereka untuk berjiwa pahlawan dan menyemai semangat patriotisme dalam kalangan kanak-kanak. Kita turut menggalakkan pelajar memakai pakaian mengikut tema yang dipilih untuk menggambarkan dan memberitahu anak murid kita mengenai kepelbagaian etnik yang wujud di negara kita," katanya ketika ditemui pada majlis itu di sekolah berkenaan, hari ini.
Sementara itu, pelajar Tahun Empat, Nurul Aisyah Zulzuraidi, 10, berkata dia memilih sendiri untuk memakai pakaian kaum India yang dinamakan Lehnga dengan mengeluarkan belanja kira-kira RM200 termasuk aksesori.
"Baju ini diberi nama Lehnga dan saya beli di sebuah kedai pakaian India di Pauh, Perlis lengkap dengan semua aksesori lain.
"Saya memang minat hindustan, sebab itu saya pilih tema ini. Ibu saya keluarkan belanja RM200 untuk kos pakaian saya pada hari ini," katanya.
Nurul Aisyah berkata, sambutan pada tahun ini sangat meriah kerana dapat melihat ramai rakan sekolah menggayakan pelbagai jenis pakaian.
"Lagipun sudah dua tahun tidak sambut hari kebangsaan, jadi tahun ini rasa sangat gembira dengan pelbagai aktiviti yang sekolah anjurkan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... n-dengan-berpakaian |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|