View: 2019|Reply: 2
|
[DUNIA]
iramid Tertua Dunia Ada Di Jawa Barat, Wujud 10,000 Tahun Yang Lalu
[Copy link]
|
|
Ilmuwan Indonesia Dakwa Piramid Tertua Dunia Ada Di Jawa Barat, Wujud 10,000 Tahun Yang Lalu
Indonesia adalah negara yang penuh dengan budaya dan sejarah yang panjang. Kalau di Jogjakarta, anda dapat melihat bagaimana tersergam indah Candi Borobudur yang dibina sekitar tahun 750 Masihi oleh pemerintah Jawa pada Dinasti Sailendra dan Sanjaya. Manakala tidak jauh daripada Borobudur, ada Kuil Prambanan yang dikhaskan untuk agama Hindu dan dibina sekitar tahun 850 Masihi.
Melalui penelitian para ilmuwan dan saintis Indonesia. Mereka mendakwa bahawa piramid tertua di dunia sebenarnya wujud di Indonesia. Lebih tepat lagi di Gunung Padang, Cianjur, Jawa Barat. Di atas puncak Gunung Padang, terdapat peninggalan sisa-sisa batu prasejarah kuno dari era megalitik yang membentuk keajaiban arkeologi terbesar di Asia Tenggara.
Para penyelidik Indonesia, dalam kajian mereka yang dibentangkan di AGU 2018 Fall Meeting di Washington DC, Amerika Syarikat mendakwa bahawa Gunung Padang adalah tapak dengan struktur seperti piramid tertua di dunia. Melalui penyelidikan mereka, Gunung Padang terbina daripada struktur berlapis kuno yang berusia sekitar 10,000 tahun atau lebih tua daripada itu.
Difahamkan untuk mengkaji lebih dalam struktur yang dikatakan bukan hanya meliputi bahagian atas tetapi juga bahagian lereng seluah 15 hektar. Para penyelidik menggunakan gabungan teknologi seperti tomografi sinar-x, tinjauan radar dan penggalian arkeologi. Hasil daripada penemuan ini, pasukan penyelidik menemukan bahawa Gunung Padang terbina dengan lapisan yang dibangunkan semasa zaman prasejarah.
Lapisan paling atas dikatakan mempunyai tiang batu, dinding, laluan pejalan kaki dan ruang besar. Lapisan kedua pula adalah susunan batu yang disusun dalam bentuk matriks. Bagi lapisan ketiga adalah rongga atau ruang bawah tanah yang memanjang sejauh 15 meter. Bagi lapisan keempat iaitu lapisan paling bawah, para penyelidik mendakwa bahawa ia dibuat daripada batu lava yang pembinaannya masih menjadi misteri.
Bagi fungsi pembinaan piramid kuno di Gunung Padang ini, penyelidik Indonesia yang diketuai oleh ahli geofizik Danny Hilman Natawidjaja, dari Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI) berkata bahawa ia dibina untuk digunakan bagi tujuan ritual keagamaan. “Bangunan ini sangat besar. Orang menganggap prasejarah itu primitif, tetapi monumen ini membuktikan bahawa idea itu salah,” kata Natawidjaja.
Bagaimanapun, dakwaan Natawidjaja sebenarnya diragui oleh beberapa pihak kerana banyak penyelidik bertentangan dengan teknik atau kaedah yang digunakan olehnya. Tetapi dari sudut yang lain, penyelidikan ini dapat menambah pengetahuan sejarah dan memberi gambaran kecil kepada dunia bagaimana salah satu bangunan paling kuno dan misteri terletak di Indonesia.
Sehingga kini, struktur seni bina yang bersemadi di Gunung Padang masih menjadi misteri buat para ilmuwan. Penyelidikan yang dilakukan oleh para penyelidik dari Indonesia ini telah dibentangkan pada pertemuan tahunan Kesatuan Geofizik Amerika di Washington, DC, beberapa tahun yang lalu.
Sumber:https://www.thevocket.com/ilmuwa ... SJu03oY2fNW1aAJVo54
Photo by :The Sydney Morning Herald -ALEX ELLINGHAUSEN
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
so lagi tua dari kerajaan kedah tua ke or tamadun sg batu? |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa kat Tanah Melayu takda candi yang grand2 macam kat Indon? Kata dulu pernah jadi pusat kerajaan silam.
Kat Kedah tu pun kecik2 anak je. |
|
|
|
|
|
|
| |
|