CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 516|Reply: 0

[Pahang] Kes tipu penyumbang utama jenayah komersial di Pahang

[Copy link]
Post time 20-9-2022 01:56 PM | Show all posts |Read mode
Kuantan: Jenayah komersial di Pahang menyebabkan kerugian RM33.8 juta bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Ogos lalu.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Abdul Razak Mohd Yusoff berkata, jumlah itu menurun RM1.7 juta berbanding kerugian RM35.6 juta bagi tempoh sama, tahun lalu.

Katanya, sepanjang tempoh itu, kes tipu adalah penyumbang utama dengan 1,334 kertas siasatan dibuka berbanding 1,050 kertas siasatan bagi tempoh yang sama tahun lalu.


"Tahun ini, Jabatan Sasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang menunjukkan prestasi yang memberangsangkan kerana mencapai kejayaan melepasi sasaran tangkapan ditetapkan JSJK Bukit Aman iaitu 150 tangkapan.

"JSJK Pahang melakukan 154 tangkapan di Pahang dalam Ops Mule Khas yang dilancarkan pada 1 hingga 31 Julai lalu.

"Selain itu, JSJK Pahang berjaya mencapai kadar pertuduhan yang ditetapkan iaitu 40 peratus apabila mencapai 47.38 peratus serta menduduki tempat keempat antara kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya pada Perhimpunan Bulanan 2022 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini, hari ini.


ABDUL Razak (kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada anggota pada Perhimpunan Bulanan.FOTO Asrol Awang

Sementara itu, Abdul Razak berkata, berdasarkan statistik Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, kemalangan jalan raya meningkat dengan 14,674 kes direkodkan sepanjang tempoh itu berbanding 9,013 kes pada tempoh sama tahun lalu.

"Daripada jumlah itu, terdapat 250 kes kemalangan maut membabitkan 294 kematian sepanjang tempoh itu direkodkan berbanding 181 kes membabitkan 195 kematian berbanding tempoh sama tahun lalu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... l-di-pahang-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.047648 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list