CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 400|Reply: 0

[Terengganu] Sembilan pelajar mengaku tidak bersalah tumbuk, sepak tiga rakan asrama

[Copy link]
Post time 20-9-2022 03:31 PM | Show all posts |Read mode

SEBAHAGIAN daripada sembilan pelajar yang dituduh mencederakan tiga pelajar lain di asrama sebuah sekolah menengah berada di Mahkamah Majistret Kemaman, Kemaman hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI

   

KEMAMAN: Sembilan pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di daerah ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap tiga rakan mereka di asrama sekolah tersebut pada 23 Ogos lalu.

Kesemua tertuduh yang berusia 16 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa menyebabkan kecederaan parah dengan menumbuk dan menyepak ketiga-tiga mangsa yang berusia 15 tahun di asrama sekolah itu pada pukul 11.30 malam.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara setahun dan denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azhani Azman manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Akmal Wahidah Abd. Halim.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan antara RM2,000 hingga RM5,500 setiap pelajar dan menetapkan 12 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Utusan Malaysia pada 29 Ogos lalu melaporkan tiga pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di daerah ini mendakwa menjadi mangsa buli dan dipukul sekumpulan pelajar lain selepas mengadu senior mereka memiliki rokok elektronik kepada guru di sekolah itu pada 23 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, salah seorang mangsa mengalami cedera parah hingga pecah gegendang teliga kanan selain cedera di bahagian badan.

Sementara itu, katanya, dua lagi rakannya pula mengalami cedera ringan dan lebam di beberapa anggota badan akibat dipukul dalam kejadian itu. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... -tiga-rakan-asrama/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.062006 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list