View: 395|Reply: 0
|
[Perlis]
Polis nafi dakwaan van putih larikan kanak-kanak
[Copy link]
|
|
Kangar: Polis menafikan terdapat cubaan melarikan kanak-kanak oleh sekumpulan lelaki menaiki van berwarna putih di Kampung Belakang Kilang, Kuala Perlis, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, pihaknya ada menerima laporan berhubung penularan mesej membabitkan perkara itu sejak semalam pada jam 12.27 tengah hari ini.
Menurutnya, mesej yang tular di media sosial itu mendakwa sekumpulan lelaki menaiki van putih cuba menarik seorang kanak-kanak ke dalam kenderaan itu dalam kejadian di Kampung Belakang Kilang, Kuala Perlis pada jam 7 malam.
"Hasil siasatan kita kemudian mendapati berlaku salah faham mengenai isu yang ditularkan tanpa pembuktian serta kesahihan sewajarnya.
"Sehingga kini, kita belum menerima sebarang laporan polis dari mana-mana pihak menyatakan kanak-kanak hilang atau kejadian yang sebagaimana ditularkan," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Katanya, pihaknya juga sudah membuat semakan dengan pemimpin tempatan yang mengesahkan tidak menerima sebarang aduan dari penduduk kampung.
"Malah, mereka turut menafikan berlaku kejadian itu di kampung berkenaan dan tindakan menularkan dan menyebarkan mesej dan berita yang tidak sahih atau palsu menerusi media oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini mengundang pelbagai reaksi netizen.
"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menularkan berita berkenaan bagi mengelakkan kekeliruan dan kegusaran dalam masyarakat," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... larikan-kanak-kanak |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|