CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 334|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Si kembar hidap celebral palsy, suami pula diuji sakit

[Copy link]
Post time 27-9-2022 11:17 AM | Show all posts |Read mode

SALINA dan suami bersama dua anak mereka yang menghidap celebral palsy ketika ditemui di rumah mereka di Seremban baru-baru ini.


SEREMBAN – Ujian bertimpa buat seorang ibu kepada sepasang anak kembar yang menghidap celebral palsy apabila suami yang selama ini menjadi tempat bergantung mengalami masalah kesihatan kronik.

Salina Abu Bakar, 41, berkata, dua anak lelakinya iaitu Muhammad Saifullah Samsul dan Muhammad Saifuddin Samsul masing-masing berusia 13 tahun menghidap penyakit itu serentak sejak berusia setahun.

“Pada mulanya, mereka (anak-anak) mengalami demam dan sawan sebelum didiagnosis menghidap celebral palsy. Sebelum itu, ketika berusia lima bulan, saya perasan mereka sukar untuk duduk dan berdiri.

“Si kembar ini memerlukan penjagaan dan perhatian penuh kerana keadaan fizikal mereka selain mudah diserang sawan secara tiba-tiba,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Pagi, Senawang di sini baru-baru ini.

Suri rumah itu memberitahu, dia reda selepas diuji dengan kehadiran anak syurga tersebut, namun suaminya, Samsul Kamarudin, 44, pula mempu­nyai penyakit asma kronik, darah tinggi dan kencing manis.

Cerita Salina, suaminya yang bekerja sebagai pengawal ke­selamatan terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan setiap kali ke tempat kerja kerana kerap mengalami sesak dada dan sukar bernafas.

“Suami sudah lama menghidap asma sejak 20 tahun lalu, tetapi dia mula bergantung kepada alat bantuan pernafasan tahun ini sebab asmanya sema­kin kronik. Dia juga kerap keluar masuk hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Salina pernah bekerja sebagai pembantu kedai sewaktu suaminya menjalani pembedahan pada 2020 disebabkan nanah dalam perut.

“Suami juga tidak boleh me­lakukan kerja berat. Setiap hari dia bekerja syif malam (7 malam hingga 7 pagi), jika tidak bekerja gajinya akan dipotong,” katanya yang memberitahu gaji bersih suami RM1,300 sebulan.

Tambah Salina, kos perubatan termasuk pengangkutan untuk rawatan suaminya di Hospital Tuanku Ja’afar di sini kira-kira RM500 sebulan.

“Alhamdulillah untuk anak cukup kerana menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM500 sebulan, malah pihak Baitulmal ada memberi bantuan susu dan lampin,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban boleh menghubungi Salina di talian 017-3998755 atau melalui akaun Bank Simpanan Nasional 0311829000273542 (Salina).
https://www.kosmo.com.my/2022/09 ... i-pula-diuji-sakit/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.102251 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list