View: 384|Reply: 0
|
[Johor]
Dua minggu air banjir termenung dalam rumah
[Copy link]
|
|
KEADAAN air banjir yang masih bertakung di rumah penduduk di Kampung Baru Sri Gading, Batu Pahat. FOTO Essa Abu Yamin
Batu Pahat: Mangsa banjir di Kampung Baru Sri Gading, buntu selepas rumahnya digenangi air termenung sejak dua minggu lalu.
Naziman Hamid, 39, berkata, ia menyebabkan keadaan rumah berkarat, berbau masam, busuk serta dipenuhi keladak, sisa daun dan sampah dari kebun sawit berdekatan.
"Keadaan itu menyukarkan kami sekeluarga dan memerlukan tempoh masa yang agak lama untuk membersihkan rumah.
Ketika ini kami sekeluarga hanya mampu membersihkan rumah mana yang mampu saja.
"Kebelakangan ini cuaca tidak menentu. Pada waktu siang cuaca begitu panas, tetapi pada awal pagi berlaku hujan sangat lebat menyebabkan kawasan rumah kembali dinaiki air banjir," katanya ketika ditemui.
Naziman berkata, setiap kali banjir, penduduk bukan saja menanggung kerugian apabila banyak kelengkapan rumah dan harta benda rosak malah terpaksa berkorban masa dan keringat membersihkan rumah dalam tempoh agak lama.
Beliau berkata, paling membimbangkan adalah kampung berkenaan berada di kawasan yang agak rendah.
"Perkara itu menjadi salah satu punca utama air banjir bertakung adalah kerana pembangunan penempatan baru yang dilakukan di sekitar kawasan kampung.
"Kawasan pembangunan berkenaan berada di tempat yang tinggi, apabila hujan air berkenaan terus melimpah ke kawasan kampung yang lebih rendah," katanya.
Sementara itu, jumlah mangsa banjir di daerah ini merekodkan 215 orang setakat jam 12 tengah hari ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Batu Pahat berkata, jumlah itu membabitkan 57 keluarga di sekitar Batu Pahat.
"Kesemua mereka ditempatkan di tiga buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Agama Seri Bengkal, Sekolah Kebangsaan (SK) Peserai dan Sekolah Kebangsaan Sungai Suloh.
"Mangsa adalah penduduk Kampung Sri Bengkal, Kampung Bintang Peserai, Kampung Dalam, Kampung Sungai Suloh, Kampung Sungai Suloh Besar dan Kampung Patah Pedang," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rmenung-dalam-rumah |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|