CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 327|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Dadah bernilai RM720,680 dilupuskan, 549 tokan ditahan

[Copy link]
Post time 27-9-2022 05:23 PM | Show all posts |Read mode

ANTARA rampasan dadah yang dilupuskan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Sembilan, hari ini. FOTO Ihsan Polis

Seremban: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri Sembilan melupuskan dadah hasil rampasan sepanjang tahun ini yang sudah selesai perbicaraan bernilai RM2720,680.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner Ahmad Dzaffir Yusoff berkata, pelupusan bahan larangan berkenaan membabitkan 2,531 kertas siasatan dari Januari 2022 hingga Ogos lalu.

"Daripada jumlah terbabit, pelupusan dadah pada kali ini membabitkan 11 kilogram (kg) heroin (RM147,400), 9kg ganja (RM22,500), 8kg methaphetamine (288,000), 158 gram ketamin (RM23,700) dan 2.5 kg eramin 5 (RM187,500).



"Turut dilupuskan adalah 135 gram pil ekstasi (RM6,750), 1,600 kg daum ketum (RM16,000), 2,753 liter air ketum (RM27,530) dan 13 liter kodein (RM1,300). Nilai keseluruhan adalah RM720,680," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, bagi tahun 2022 prestasi JSJN Negeri Sembilan dalam tempoh Januari hingga Ogos secara keseluruhannya berjaya menahan 549 pengedar dadah, 1,350 tangkapan atas kesalahan pemilikan dadah dan 2,437 individu atas kesalahan penyalahgunaan bahan berbahaya itu.

"Manakala jumlah nilai anggaran sitaan bagi tempoh sama membabitkan aset pengedar adalah berjumlah lebih RM8 juta," katanya.

Ulas beliau, JSJN Negeri Sembilan serius dalam misi membanteras dadah habis-habisan dengan memfokuskan tangkapan terhadap pengedah dadah yang aktif dan melumpuhkan ekonomi mereka dengan menyita aset yang dimiliko melalui aktiviti yang menyalahi undang-undang.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya JSJN memohon kerjasama masyarakat untuk membantu menyalurkan maklumat dalam usaja untuk menghapuskan dadah di negeri ini.

"PDRM juga menasihatkan kepada masyarakat supaya lebih prihatin dengan keadaan sekeliling dalam mencegah sebarang kesalahan atau kegiatan dadah," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-549-tokan-ditahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.185904 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list