View: 3203|Reply: 6
|
Mimpi benda hitam, lepas bangun rasa pedih!
[Copy link]
|
|
Mimpi Ditampar Benda Hitam Serta Leher Dicakar, Peminat Bimbang Dengan Mas Khan
Pelakon, Mas Khan berkongsi kisah misteri bersama peminat di media sosial mengenai dirinya yang bermimpi dihampiri ‘benda hitam’ yang datang menamparnya.
Leher Pedih Akibat Dicakar
Perkara misteri itu diceritakan sendiri oleh Mas Khan menerusi Insta Stories yang menceritakan lehernya turut terasa pedih akibat dicakar.
“Semalam aku tengah tidur and tiba-tiba aku mimpi ada benda hitam macam manusia besar datang terus tampar muka aku. Sumpah dia punya sakit terus terjaga dari tidur.
Bangun-bangun je terus rasa pedih dekat leher hmm lepas tu aku pun masuk toilet tengok cermin haa memang terkejut lah sebab keluar darah tau memang betul-betul fresh. Nak kata kuku memang tak logik sebab aku memang sejenis tak pernah ada kuku.”-Kongsi Mas Khan
“Petanda Orang Cemburu Dengan Kejayaan..”
via Instagram Mas Khan
Dalam pada itu, rata-rata peminat tampil menitipkan pesanan agar Mas Khan berhati-hati disebabkan ada pihak yang didakwa rasa cemburu dengan kejayaan pelakon terkenal itu.
“Petanda orang cemburu dengan kejayaan kau bro. Hati-hati jangan suka tunjuk duit.”
“Please get ustaz to check bro. I have been through that. Zaman sekarang banyak orang hasad dengki. Cant see people happy.”
“Ada orang hantar tu sihir.”
Semoga kita semua dilindungi oleh pihak yang merasa tidak puas hati dengan kejayaan kita semua.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|