View: 373|Reply: 0
|
[Johor]
2 kapal dagang berlanggar di perairan Batu Pahat
[Copy link]
|
|
Batu Pahat: Dua kapal dagang asing berlanggar di barat daya Tanjung Laboh, perairan Batu Pahat, pada 4.18 awal pagi tadi.
Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohd Haniff Mohd Yunus berkata, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menerusi Maritim Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru menerima maklumat daripada Jabatan Laut Wilayah Selatan memaklumkan kejadian berkenaan.
Menurutnya, kapal Klang Vessel Traffic Services (VTS) menerima panggilan daripada kapal MV GSL Grania yang berdaftar di Liberia berkaitan pelanggaran kapal di lokasi jarak kira-kira 11.7 batu nautika barat daya Tanjung Laboh.
"Maklumat kejadian disalurkan ke Pusat Operasi Zon Maritim Batu Pahat dan bot Benteng 05 digerakkan ke lokasi bagi melaksanakan pemantauan dan misi bantuan.
"Maklumat awal kemalangan yang diterima daripada nakhoda kapal MV GSL Grania bahawa kejadian berpunca daripada kapal MT Zephyr I berdaftar di Panama yang hilang kawalan lalu merempuh di bahagian sisi dan mengakibatkan kerosakan pada bahagian sisi kanan kapal MV GSL Grania.
Mohd Haniff berkata tiada kemalangan jiwa dan tiada tumpahan minyak berlaku.
"Kapal MV GSL Grania membawa muatan kontena dalam perjalanan menuju ke Pelabuhan Tanjung
Pelepas (PTP) Johor manakala kapal MV Zephyr I membawa muatan campuran Bitumen dan dalam perjalanan ke China," katanya menerusi siaran media hari ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... perairan-batu-pahat |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|