CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 366|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Ibu trauma, lelaki tak dikenali beri gula-gula di taman permainan

[Copy link]
Post time 28-9-2022 03:57 PM | Show all posts |Read mode

TAMAN permainan di Taman Desa Cempaka, Nilai, Seremban yang merupakan lokasi kejadian seorang lelaki tidak dikenali memberikan gula-gula kepada kanak-kanak yang sedang bermain di situ.



SEREMBAN – Seorang ibu trauma selepas berdepan insiden membimbangkan apabila seorang lelaki tidak dikenali mendekati anak-anaknya ketika bermain di sebuah taman permainan di Taman Desa Cempaka, Nilai di sini kelmarin.

Norazlina Hussain, 38, berkata, ketika kejadian, ibunya membawa dua anaknya dan seorang seorang anak saudaranya berusia tiga hingga tujuh tahun ke taman permainan itu pada pukul 6 petang.

“Bagaimanapun, pada pukul 6.30 petang, saya tergerak hati untuk ke taman tersebut dan ternampak seorang lelaki tidak dikenali memegang buaian anak saya dan memberikan gula-gula kepada mereka.

“Saya kemudian cuba mendekati dan mengambil anak-anak secara perlahan-lahan kerana khuatir lelaki berkenaan mempunyai senjata.

“Saya terus membawa anak-anak pulang ke rumah dengan segera. Pada waktu itu, dua anak saya sempat makan gula-gula tersebut, namun tidak ada apa-apa yang berlaku,” katanya ketika dihubungi  hari ini.

Menurutnya, selepas pulang ke rumah, dia memaklumkan kepada suaminya mengenai kejadian itu dan selepas waktu maghrib, suaminya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.

Walau bagaimanapun tiada kertas siasatan dibuka.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2022/09 ... di-taman-permainan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.054226 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list