View: 8996|Reply: 49
|
Wanita Bergaji Besar Mula Was-sas Nak Nikah, Cari Je Yang Sekufu?
[Copy link]
|
|
Kemelut kewangan dilaporkan antara punca berlakunya penceraian di negara ini.
Jadi, tidak hairanlah apabila ramai gadis sanggup membujang sehingga ke akhir hayat terutama sekali bagi mereka yang berkerjaya dan berpendapatan tinggi.
Berdasarkan perkongsian di Twitter, seorang wanita meluahkan perasaan ingin mendirikan rumah tangga dengan teman lelaki yang dikenali lebih tiga tahun.
Gambar hiasan
Bagaimanapun katanya, dia sedikit bimbang kerana kewangan semasa teman lelakinya itu masih tidak kukuh.
Pada masa sama, dia mengakui menanggung kebanyakan perbelanjaan antara mereka berdua sehingga merasakan teman lelakinya tidak bersedia untuk menambah komitmen menerusi perkahwinan.
Memulakan ceritanya, wanita berkenaan menyatakan dia dan pasangan kini dalam fasa mengumpul duit untuk melangsungkan perkahwinan.
Tambah wanita itu, pasangannya bukan sahaja tidak mampu menanggung perbelanjaan berdua malah gaji yang diperoleh juga tidak cukup untuk diri sendiri.
Ekoran itu, wanita terbabit memohon pandangan dan nasihat daripada warganet tentang masalah yang dihadapi.
Pun begitu, dia terharu dan bersimpati kerana teman lelakinya tetap berusaha untuk menghalalkan hubungan mereka menerusi perkahwinan.
Menurutnya, mereka berdua juga telah berbincang berhubung perkara berkaitan kewangan masing-masing, namun menemui jalan buntu.
Tambahnya yang turut meminta pandangan daripada pihak lelaki berhubung masalah yang dihadapi.
Disebabkan isu kewangan yang dibangkitkan dan gaji wanita lebih tinggi berbanding lelaki, luahannya mendapat perhatian daripada warganet.
Rata-ratanya beranggapan bahawa hubungan tersebut boleh berjalan lancar jika kedua-duanya saling bertolak ansur dan berusaha memperbaiki kekurangan yang wujud.
Pun begitu, netizen berpendapat kos perbelanjaan harian dan nafkah mestilah ditanggung oleh pihak lelaki.
Bagi kaum lelaki pula, mereka menasihatkan supaya wanita terbabit memutuskan hubungan dan mencari pasangan yang setaraf bagi mengelakkan perselisihan faham di kemudian hari.
Ada juga yang berkongsi pengalaman kerana pernah melalui situasi seperti wanita tersebut dan akhirnya dia ditinggalkan kerana tidak mampu.
Sumber: mStar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
friska cerdik dia cari gaji lelaki lagi tinggi dari majikan dia. |
|
|
|
|
|
|
|
X payah la dik. Nnt ko yg mkn ati. Dia mmg la bersungguh sungguh nk ko sblm kawen sbb dia nk lpskan tengkuk sendiri dulu. Kalau skrg pun ko dah berkira, apa tah lagi lps da kawen |
|
|
|
|
|
|
|
klau kawen awal2 tu mmg la semua sanggup .
sharing is caring kunun.Tapii lama2 mkn hati. Time tu mcm2 konflik akn timbul. |
|
|
|
|
|
|
|
Ikut ckp org berpengalaman...memang akan ada problem besar dikemudian hari |
|
|
|
|
|
|
|
payung besau kot... lelaki tu pun acah2 la berusaha nak halalkan... three fucking years patutnya nampak dah hasil lelaki tu kalau betul dia jujur... ni ko sendiri mengaku asal bincang pasal financial and commitment je ending jadi buntu…. kat situ dah nampak dah… |
|
|
|
|
|
|
|
Masalahnya lelaki gaji besar nak ke isteri yg gaji pun besar dan kepala besar macam dia. Selalu makin besar gaji makin besar perangai. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg kene cari yg sekufu kalau x potensi nk jadi bewak hidup sgt tggi.. cth mcm bff iols sampai masuk sepital tekanan mental tanggung semua komitmen.. |
|
|
|
|
|
|
|
nak yg jusa bagai
dasar pelakoorrr
|
|
|
|
|
|
|
|
sblm kawin dengan lps kawin ikhlas cover perbelanjaan tu x sama yekk..lepas kawin campur ada anak plak,, dah kata laki kerja kerah tenaga, nanti anak pun x bantu jaga,,pastu nanti posting kat KRT, stress nk cerai sb tanggung keluarga n suami x bantu dari segi kewangan atau tenaga..hahaha pusing2 citer mcam ni laa..
unless..unless,kalau si tunang tu nak kawin nanti ni dia fully support semua, maksudnya hantaran, mas kawin n kenduri belah dia x perlu bantuan TT, boleh consider utk teruskan berkahwin, tp kalau dia kata jom kongsi ka, buat loan ka lari laju2 dik...
|
|
|
|
|
|
|
|
Cari je la lelaki lain pompuan oiii.
Tak payah la tambahkan kes cerai di kemudian hari.
Belum kawin pun ko dah suap dia makan sikit2.
Jangan berharap la lepas kawin dia nak tanggung ko. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak payah la.. skang ni ko suap dia sorang, lepas kawen ntah2 keluarga dia pulak ko kene suap |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau laki dah bersungguh pun,tengoklah nanti family mertua ko plak jadi parashit. Tengok bini gaji besar dia ingat nnt gaji anak laki bleh la kasi kat dia pulak so si bini la terkontang-kanting keluar duit utk besarkan anak-anak. Ngan ipar duai mengendeng lagi. Banyak dah spesies mertua camni. Anak laki ko pun tak berjaya mana tapi harap dpt menantu gaji tinggi |
|
|
|
|
|
|
|
Laki itew tak bersungguh langsung.
Sanggup dia ambil duit perempuan iteww untuk cukupkan perbelanjaan sendiri.
Jangan tunggu ler dengan laki cengginih
Cepat2 ler lari selamatkan diri |
|
|
|
|
|
|
|
Ikut pesan aku nih ..mana2 adik yg masih dlm u ..gi bercinta ..nt dah ko keja..nk cari dlm tmpt keja tu.. suma laki yg ada pelajaran dah kawin hahahaha...tggl mat2 spm dgn yg x abis belajar je ..percayala..aku pun x fhm mana pergi lelaki yg ada education nih...semua hamprak je |
|
|
|
|
|
|
|
pempuan kalau boleh jgn la open sgt korang tu gaji lg tinggi dr laki. jgn citer byk harta. jgn murah hati sgt nak belanja tiap masa. kalau asik korang je kena cover semua, pikir la masak2. kalau dah serius mmg nak kawen, ajak dia sama2 check ctos/ccris. kalau dia mengelak, tak clear lettewww. |
|
|
|
|
|
|
|
dah perempuan tunjuk ccris abislah lah dia nampak record rumah, kete kita...dari situ pun dia dah boleh agak salary kita (kalau laki pandai lah ahahahah
umur tgh muda ni jaranglah rumah keta abis bayar
|
|
|
|
|
|
|
|
selagi belum serius jgn la disclose semua. nak selamat, minta je ctos. kalau rate rendah, nak tau punca baru minta ccris
zmn skrg ni kena selfish sikit. tamau la tanggung hutang orang. kalau hutang wujud selepas kawen takpe jugak. ni ptptn pun suruh partner setelkan. amboi nokkk
|
|
|
|
|
|
|
|
chip92 replied at 9-10-2022 04:27 PM
pempuan kalau boleh jgn la open sgt korang tu gaji lg tinggi dr laki. jgn citer byk harta. jgn murah ...
I yang dah kahwin bertahun ni pun tak pernah share dgn husband gaji berapa. Dapat bonus pun diam2 je tak bagi tau. Hahahaha…
Kalau harta mcm rumah tu tak boleh la nak sembunyi. Tapi saving brp banyak kat ASB & banks pun dia tak tau.
Yang dia tau cuma password CC je sbb biasa suruh dia isilkan minyak kereta full every week mmg kena bagi kad la… Dah I malas isi minyak. |
|
|
|
|
|
|
|
How I wish dpt nasihat camni awal2.. mmg tepat dan betul pun.. malangnya.. lepas aku dah keja baru sedar benda ni.. masalahnya masa study dulu join usrah, pastu kena brainwash couple is haram.. pas abis study, usrah dah x join.. terkontang kanting.. pastu baru sedar dan nyesal x cari standby bf masa study dulu.. alahaiii.. terlambat... |
|
|
|
|
|
|
| |
|