CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 373|Reply: 0

[Kelantan] Orang Asli Pos Bihai pelihara anjing, kesan kehadiran 'pak belang'

[Copy link]
Post time 29-9-2022 01:05 PM | Show all posts |Read mode

Anjing dibiar berkeliaran di kawasan perkampungan Orang Asli Pos Bihai Lama sebagai amaran awal sekiranya terdapat kemunculan 'Pak Belang'. - Foto Paya Linda Yahya

GUA MUSANG: Kemunculan harimau di Perkampungan Orang Asli Pos Bihai Lama, di sini, akhir tahun lalu, menyebabkan penduduk masih takut dan berhati-hati untuk keluar mencari hasil hutan sendirian selain dibimbangi kembali muncul di kawasan kampung.

Tindakan awal diambil mereka dengan memelihara anjing yang dijadikan sebagai pengawal dan memberi amaran sekiranya haiwan buas itu muncul kembali di kawasan perkampungan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Bihai Lama, Albet Angkai, 39, berkata walaupun sudah 10 bulan kejadian itu namun penduduk masih bimbang sekiranya kejadian sama berulang kembali.

Katanya, sehingga kini penduduk masih menemui kesan tapak kaki harimau di dalam kawasan hutan ketika keluar mencari hasil hutan.


"Walaupun sudah tiada kejadian harimau masuk ke kampung namun kami masih berhati-hati dan sudah tidak berani ke hutan sendiri untuk mencari hasil hutan.

"Jadi kami memelihara lebih banyak anjing untuk memberi amaran awal sekiranya berlaku lagi kejadian harimau masuk ke kampung ini," katanya ketika ditemui di Pos Bihai.

Mengimbas kembali kejadian yang berlaku 10 bulan lalu itu, Albet berkata ketika kejadian kira-kira jam 6.30 petang kanak-kanak sedang bermain di kawasan kampung.

"Tiba-tiba dikejutkan dengan kehadiran 'pak belang' dan kami bertempiaran lari masuk ke rumah masing-masing," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim berkata dia berharap semua penduduk sentiasa berhati-hati dan peka dengan keadaan semasa.

"Saya dimaklumkan oleh penduduk jejak harimau masih lagi kelihatan, tetapi ia dijumpai di kawasan luar bukan di dalam kawasan kampung, bagaimanapun penduduk dinasihatkan supaya tetap mengambil berat langkah keselamatan dan peka dengan amaran awal dari anjing peliharaan mereka, dan diharapkan ancaman harimau tidak lagi berulang kembali." katanya.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN) Mohamad Hafid Rohani berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang aduan barkaitan penemuan kesan tapak kaki harimau di perkampungan Orang Asli terbabit.

"Orang Asli hidup bersama dengan hidupan liar jadi apabila mereka terjumpa tapak kaki harimau ia bukan bermaksud ancaman kerana harimau akan melarikan diri apabila berjumpa manusia." katanya ketika dihubungi.

https://www.bharian.com.my/berit ... ehadiran-pak-belang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.248841 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list