CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 357|Reply: 0

[Terengganu] Isteri gigih jual aiskrim bersama suami cacat penglihatan

[Copy link]
Post time 29-9-2022 01:11 PM | Show all posts |Read mode

WAN Roslina Wan Abdul Manan dan Zanah Ismail berniaga aiskrim di Bandar Kuala Berang, Hulu Terengganu. – UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT


HULU TERENGGANU: Seorang isteri yang mengalami masalah ke­sihatan cekal mencari rezeki bersama suaminya yang cacat penglihatan dengan berniaga aiskrim di sekitar Bandar Kuala Berang di sini sejak empat tahun lalu.

Wan Roslina Wan Abdul Manan, 49, bersama suami, Zanah Ismail, 62, dari Kampung Lebak di sini memperoleh pendapatan tidak menentu antara RM10 hingga RM100 sehari bergantung kepada keadaan cuaca.

Menurut Wan Roslina, mereka mula berkecimpung dalam pembuatan aiskrim setelah menyertai kursus di Kuala Lumpur sekitar 2014 dan terlebih dahulu menjual aiskrim di Pangsapuri Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kota Damansara, Selangor.

“Setelah mengambil keputusan pulang ke kampung saya di daerah ini, kami meneruskan perniagaan aiskrim Ina Mithali di sekitar Bandar Kuala Berang bermula 2018.

Selain di KB Street, saya dan suami juga berniaga ketika adanya karnival atau program tertentu.

“Walaupun hasil jualan tidak menentu, namun, kami bersyu­kur kerana masih ada sumber rezeki.

Tambah Wan Roslina, harga aiskrim dijualnya bermula RM2 hingga RM3.50 setiap satu de­ngan pelbagai jenis perisa seperti coklat, vanilla dan strawberi. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... -cacat-penglihatan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.054527 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list