CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 426|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Suspek utama pembunuh Datin masih diburu

[Copy link]
Post time 29-9-2022 02:25 PM | Show all posts |Read mode

AHMAD Dzaffir bersama Aidi ketika Pelancaran Mural serta Poster Keselamatan Petron Malaysia di Petron Nilai Impian, Seremban. FOTO Mohd Khidir Zakaria.

Seremban: Polis sedang mengambil keterangan beberapa individu bagi membantu siasatan dan mengesan suspek utama kes bunuh seorang wanita bergelar 'Datin' di rumahnya di Taman Paroi Jaya di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, suspek dipercayai seorang lelaki yang mempunyai pertalian saudara dengan mangsa sedang dijejaki selepas dia melarikan diri.

"Kita sudah mengambil keterangan beberapa individu termasuk ahli keluarga dan jiran mangsa bagi membantu siasatan kes itu.


"Setakat ini, kita masih mengesan suspek, pihak polis dapat maklumat suspek sedang melarikan diri, namun kami akan berusaha untuk menjejak seterusnya menangkap suspek," katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Surat Penghargaan PDRM kepada Pengusaha Stesen dan Pelancaran Mural serta Poster Keselamatan Petron Malaysia di Petron Nilai Impian di sini, hari ini.

Majlis dirasmikan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Aidi Ismail.

Bagaimanapun, Ahmad bagaimanapun enggan mengulas lanjut sama ada suspek masih berada di Negeri Sembilan atau sudah melarikan diri ke kawasan lain.

"Petunjuk baharu masih dalam siasatan pihak polis dan biar perkara ini selesai dahulu, yang pasti kita sedang menyiasat suspek," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita warga emas bergelar datin berusia 75 tahun ditemui mati dipercayai dibunuh selepas berlaku pergelutan dengan penjenayah di rumahnya di Taman Paroi Jaya di sini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof dilapork berkata, siasatan mendapati terdapat kesan kecederaan pada anggota badan mangsa.

Dalam satu perkembangan lain, berkaitan kes cubaan culik kanak-kanak yang tular di media sosial sejak akhir-akhir ini, Ahmad Dzaffir berkata, perkara itu tidak perlu dihebahkan sekiranya tidak benar berlaku dan pihaknya sedang menyiasat perkara itu.

"Menjadi tanggungjawab ibu bapa dan pihak sekolah supaya lebih berhati-hati (sekiranya berdepan kes cubaan culik) namun pihak polis sedaya upaya sedang menyiasat kesahihan berita yang tular di media sosial.

"Kalau kejadian itu tidak benar diharapkan orang ramai jangan membuat sebarang spekulasi atau diviralkan kerana bimbang boleh menimbulkan kegusaran awam dan ketakutan kepada masyarakat," katanya.

Katanya, jika kejadian benar-benar berlaku, ibu bapa kanak-kanak perlu membuat laporan polis secepat mungkin.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -datin-masih-diburu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.034629 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list