CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 391|Reply: 0

[Kelantan] 9 anak bersama-sama jaga ibu terlantar akibat angin ahmar

[Copy link]
Post time 29-9-2022 02:27 PM | Show all posts |Read mode

HAJILAH (kanan) bersama anaknya Muhammad Faris Haikal ketika ditemui di rumahnya di Felda Chiku 7. FOTO Paya Linda Yahya

Gua Musang: Akibat diserang angin ahmar enam tahun lalu, seorang wanita di Felda Chiku 7 di sini, kini hanya mengharapkan bantuan anak untuk menguruskannya yang lumpuh separuh badan.

Bukan hanya Hajilah Mokhtar, 59, dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU), anak bongsunya, Muhammad Faris Haikal Nordin Ahmad, 19, juga berdepan ketidakupayaan masalah pembelajaran.

Hajilah berkata, dia kini mengharapkan bantuan anak, Nurul Natasya Azlinda Nordin Ahmad, 21, dan lapan anak yang lain untuk menjaga serta menyara keluarga mereka.
'

"Suami, Nordin Ahmad, berusia 60 tahun, hanya bekerja kampung dan pendapatan tidak menentu. Namun ada anak-anak yang turut membantu sedikit sebanyak kerana mereka juga ada keluarga dan tanggungjawab masing-masing

"Alhamdulillah, bantuan bulanan RM300 untuk saya dan RM150 untuk anak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedikit sebanyak turut membantu menampung kos perbelanjaan kami namun kami juga perlu berjimat cermat," katanya ditemui di kediamannya.

Sementara itu, Nurul Natasya Azlinda berkata, dia memilih untuk tinggal bersama keluarganya walaupun sudah berkahwin kerana tidak sampai hati meninggalkan ibunya yang sakit.

"Saya tidak mampu menyediakan wang untuk emak dan ayah, ini sahaja pengorbanan yang dapat dilakukan untuk keluarga kerana adik-beradik lain bekerja di luar negeri.

"Malah, suami yang bekerja di Kuala Lumpur sebagai pemandu lori turut mengizinkan saya untuk tinggal bersama ibu dan akan pulang dua bulan sekali," katanya yang kini hamil lima bulan.

Katanya, walaupun kandungan sudah memasuki trimester ke dua, namun tiada persiapan yang mampu dilakukan bagi menyambut kelahiran anak sulungnya itu.

"Banyak yang lebih penting perlu didahulukan terutama makanan dan ubatan," katanya bila ditanya tentang persiapan bayi yang bakal lahir.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -akibat-angin-ahmar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.060979 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list