Sumber IG
Personaliti media sosial dan Youtuber terkenal, Isa Isarb menjadi bualan ramai apabila mengetahui konten cabaran yang dianjurkannya sebanyak RM10,000 pada April lalu sebenarnya ditaja oleh syarikat M88.
Untuk makluman, M88 adalah syarikat perjudian atas talian yang turut beroperasi di Indonesia, Thailand dan Vietnam.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik menerusi salurannya di YouTube, Isa dengan ringkas menjelaskan perkara tersebut.
Katanya, keadaan 'darurat' menjadi punca dia menerima iklan berkenaan.
"Hanya sekali sahaja saja ambil. Hanya dua episod sebab lembaga pengarah ada yang Islam dan bukan Islam. Lagi satu sebab masa itu tengah kena kejar income tax. Disebabkan itu saya ambil," katanya.
Penjelasan mengenai isu iklan tajaan M88 itu didedahkan oleh Isa ketika menyatakan alasan menyingkirkan Shah daripada 'team' Isarb.
"Dia tahu sebab saya ambil. Tapi dia memperbesarkan perkara itu walhal pada masa itu darurat," kata YouTuber itu yang menyifatkan Shah bersifat talam dua muka. -CARI
|