CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 382|Reply: 0

[Kelantan] Wanita berjubah murung, ada masalah rumah tangga

[Copy link]
Post time 29-9-2022 05:00 PM | Show all posts |Read mode
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.

[img][/img]
Kota Bharu: Wanita berpurdah yang hampir terjatuh dari Jambatan Sultan Yahya Petra di sini, semalam dipercayai mengalami masalah rumah tangga.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, hasil siasatan secara lisan mendapati mangsa yang juga seorang guru turut menghidap kemurungan.

"Mangsa tidak menaiki kenderaan ketika ditemui dan dipercayai berjalan dari arah Kota Bharu menghala ke Tumpat.


"Mangsa cuba terjun disebabkan masalah rumah tangga dan kemurungan.

"Tiada sebarang kecederaan dialami wanita berkenaan dan mangsa dirujuk ke hospital," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.40 tengah hari semalam, mangsa yang berusia 54 tahun hampir terjatuh ke Sungai Kelantan namun sempat diselamatkan orang ramai.

Mangsa yang memakai jubah dan mengenakan niqab dikatakan nyaris jatuh namun terhalang dengan jubah yang dipakai sebelum segera dipegang orang ramai dan diserahkan kepada pihak polis.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... asalah-rumah-tangga

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.077472 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list