CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 446|Reply: 0

[Terengganu] Tindakan tegas terhadap premis jejaskan sektor pelancongan Terengganu - EXCO

[Copy link]
Post time 2-10-2022 02:31 PM | Show all posts |Read mode

Pulau Perhentian. - Foto fail BERNAMA

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu akan mengambil tindakan undang-undang lebih tegas terhadap mana-mana premis yang gagal mematuhi peraturan sehingga menjejaskan sektor pelancongan di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu Ariffin Deraman, berkata kerajaan negeri memandang serius isu sekumpulan pelancong yang mengalami gejala pening, muntah serta demam selepas pulang bercuti di Pulau Perhentian Kecil, Besut.

Katanya, agensi terbabit diminta menjalankan siasatan di lapangan dengan segera untuk mencari dan menilai punca kejadian.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk menjelaskan isu sebenar yang berlaku dan laporan penuh akan menyusul sebaik siasatan lengkap.


"Pihak kerajaan tidak teragak-agak menggunakan segala tindakan perundangan sedia ada dengan tegas jika ada premis yang tidak mematuhi peraturan ditetapkan memandangkan isu sebegini boleh memberi kesan kepada sektor pelancongan negeri ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ariffin, kerajaan negeri dengan kerjasama Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dalam usaha untuk membina loji kumbahan bersepadu bagi menangani isu-isu berkaitan pencemaran kumbahan di Pulau Perhentian.

Beliau berkata, pihak KASA dengan kerjasama Indah Water Konsortium (IWK) juga sedang dalam tindakan menjalankan pelupusan enap cemar secara keseluruhan di Pulau Perhentian susulan aduan yang diterima sebelum ini.

"Selain itu, pihak Jabatan Alam Sekitar Terengganu juga sentiasa menjalankan program pengawasan kualiti air marin secara berkala di Pulau Perhentian.

"Bagi keputusan pengawasan kualiti air marin dalam tempoh antara Jun sehingga September lalu, ia menunjukkan kualiti air berada pada tahap yang terbaik," katanya.

Tambahnya lagi, kerajaan negeri komited dalam menjaga keselesaan dan keselamatan pelancong yang datang bercuti di pulau-pulau peranginan di Terengganu.

Katanya, sebarang isu yang mendatangkan kesan tidak baik kepada pelancong dan pengunjung di negeri ini akan diberi perhatian dan diambil tindakan yang sewajarnya demi memastikan kelangsungan sektor pelancongan negeri Terengganu.

Sebelum ini, portal berita dalam talian melaporkan sekumpulan 40 pelancong terdiri daripada 27 dewasa dan 13 kanak-kanak yang bercuti tiga malam ke Pulau Perhentian Kecil jatuh sakit selepas berenang di perairan pulau itu.

Menurut laporan berkenaan, sebahagian mereka mengalami cirit-birit dan demam panas sejurus pulang dan beberapa orang dimasukkan ke hospital manakala seorang kanak-kanak berusia setahun disahkan menghidap kepialu dan dua lagi kanak-kanak mengalami keracunan darah.
https://www.bharian.com.my/berit ... -sektor-pelancongan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.318754 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list