|
Kumpulan legenda antarabangsa popular Westlife kembali untuk mengadakan konsert di Kuala Lumpur, Malaysia.
Menerusi laman sosial Instagram penganjur rasmi, Trumpet International, pihak mereka mengumumkan kumpulan ini akan kembali melakukan konsert di Malaysia selepas konsert terakhir mereka di sini pada tahun 2019 dahulu.
Kumpulan yang dianggotai Shane Filan, Nicky Byrne, Kian Egan, dan Mark Feehily ini menjadi kegilaan ramai dengan lagu-lagu sensasi seperti Swear It Again, My Love, I Lay My Love On You, If I Let You Go dan banyak lagi!
Di laman sosial Twitter, ramai wargamaya meluahkan rasa teruja dan tidak sabar mereka untuk ‘melayan’ perasaan di dalam konsert yang akan diadakan di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 23 dan 24 Februari 2023 depan.
Tiket akan mula dijual secara atas talian pula bermula pada 11 Oktober 2022 bermula pada harga RM294, RM394, RM494, RM594, RM794, dan RM884 tidak termasuk yuran pembayaran.
Dalam pada itu, ada wargamaya yang turut meluahkan rasa kesal mereka apabila pihak penganjur bertindak mengadakan pembelian tiket secara offline di mana peminat boleh beratur di tempat yang disediakan pada 10 Oktober ini.
Sumber: Gempak |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|