CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 526|Reply: 0

[Terengganu] 155 iklan pinjaman wang haram diturunkan

[Copy link]
Post time 8-10-2022 03:12 PM | Show all posts |Read mode

Antara gegantung haram melibatkan iklan pinjaman wang tidak berlesen yang diturunkan dalam Op Vulture di lokasi tumpuan awam di Kemaman pada Khamis.


KEMAMAN - Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) bersama penguat kuasa Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) menurunkan 155 gegantung haram memaparkan iklan pinjaman wang tidak berlesen di daerah itu pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, operasi dijalankan menerusi Op Vulture (turun gegantung) memberi tumpuan di Taman Sutera Mas dan Taman Desa Solehah di Mak Chili di sini.

"Kita telah menurunkan 155 gegantung yang menawarkan pinjaman wang tanpa lesen (along) di kawasan taman-taman sekitar Chukai di Kemaman.

"Gegantung itu diikat secara haram pada tiang elektrik dan papan tanda di kawasan-kawasan taman dan lokasi tumpuan ramai," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.


Operasi dijalankan menerusi Op Vulture di kawasan taman dan lokasi tumpuan awam di Kemaman pada Khamis.

Menurut Hanyan, operasi itu bertujuan membanteras kegiatan sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lesen sekali gus membendung aktiviti tersebut daripada berleluasa.

Katanya, tindakan membantu atau menawarkan pinjaman wang tanpa lesen boleh didakwa di bawah Seksyen 5 (2) dan 29 AA Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

"Orang ramai diminta untuk terus membantu pihak polis dengan menyalurkan maklumat berkaitan jenayah komersial melalui saluran CCID Scam Response Center di talian 03-26101559/ 03-26101599 atau menerusi aplikasi WhatsApp CCID Infoline di talian 013-2111222," katanya.
https://www.sinarharian.com.my/a ... ng-haram-diturunkan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.053118 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list