|
Penyanyi terkenal Indonesia, Rizki Rahmadian Pamungkas dikecam hebat peminat ekoran melakukan aksi jelik dengan menggosokkan telefon milik peminat pada bahagian alat sulitnya.
Pamungkas, 29, melakukan tindakan itu selepas mengambil telefon milik peminat ketika mengadakan persembahan di Synchronize Festival 2022 yang berlangsung di Jakarta.
IG Pamungkas
Menerusi sebuah video yang tular di media sosial, Pamungkas mengambil telefon milik peminat sebelum mengambil beberapa foto dirinya dan menggosokkan alat elektronik itu ke bahagian alat sulitnya.
Pamungkas kemudiannya memulangkan telefon berkenaan dan tindakannya itu mendapat sorakan penonton.
IG Pamungkas
Bagaimanapun, menerusi media sosial, tindakannya itu dikecam hebat peminat yang rata-rata menyifatkan perbuatan itu sebagai jijik.
Kelakuan tidak senonoh penyanyi itu menjadi trending di laman Twitter dengan tanda pagar #Pamungkas dan #Jijik pada Sabtu.
Sumber: mStar |
|