CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 375|Reply: 0

[Terengganu] Dua menara telekomunikasi baharu dibina Tasik Kenyir

[Copy link]
Post time 9-10-2022 04:57 PM | Show all posts |Read mode

PEMBINAAN dua menara telekomunikasi baharu akan meningkatkan capaian telekomunikasi dan internet di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.



HULU TERENGGANU:  Masalah capaian telekomunikasi dan internet yang lemah di Tasik Kenyir dekat sini akan selesai apabila dua menara telekomunikasi baharu akan dibina di kawasan pelancongan itu pada tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Ulitili dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamad Puteh berkata, ketika ini hanya terdapat tiga menara telekomunikasi di tasik tersebut iaitu di Pulau Camar, Tanjung Betung dan Pulau Bayas.

“Tidak dinafikan liputan capaian telekomunkasi di Tasik Kenyir buat masa ini masih lemah apabila tiga menara telekomunikasi yang ada ketika ini belum cukup untuk tingkatkan jaringan telekomunikasi dan internet di kawasan tasik seluas kira-kira 38,000 hektar.

“Capaian telekomunikasi di destinasi pelancongan ini penting untuk memberi keselesaan kepada  pelancong yang bercuti di tasik itu.

“Kita akan perluaskannya dengan penambahan dua lagi menara telekomunkasi baharu selepas ini dan pembinaanya mengambil sedikit masa kerana berapa perkara perlu diberi perhatian terlebih dahulu termasuk tapak yang sesuai kerana melibatkan hutan simpan, selain kos,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Mamad berkata, sebanyak 66 menara telekomunikasi baharu dijangka beroperasi di Terengganu menjelang tahun hadapan di bawah Pelan Jalinan Digital Negara(Jendela).

Katanya lagi, sebanyak dua syarikat telah dilantik kerajaan Pusat melalui Suruhanjaya Komunikasi Mulitimedia Malaysia(MCMC) dengan kerjasama kerajaan negeri.

“Dua syarikat yang dilantik itu adalah Theta Telecoms Sdn. Bhd. serta  Felda FGV Prodata,” ujarnya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... ibina-tasik-kenyir/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.307421 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list