CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 383|Reply: 0

[Kelantan] PETRONAS serah bot, kelengkapan hadapi banjir

[Copy link]
Post time 11-10-2022 03:03 PM | Show all posts |Read mode

Pengurus Besar PETRONAS Pantai Timur, M Ahmad Shazly Ramli (tiga kiri) menyerahkan sumbangan kelengkapan hadapi banjir kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (dua kanan), hari ini. - Foto ihsan PETRONAS

KOTA BHARU: PETRONAS mengagihkan dua bot dilengkapi enjin, tangki bahan api, serta kemudahan roda mudah alih kepada agensi penyelamat di negeri ini sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh.

Turut disumbangkan adalah 1,000 khemah perlindungan mangsa banjir, 700 jaket keselamatan dan 7,000 baju hujan yang diserahkan kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam satu majlis di sini, hari ini.

Pengurus Besar PETRONAS Pantai Timur, M Ahmad Shazly Ramli, berkata sumbangan itu adalah sebagai tanda terima kasih atas komitmen yang diberikan pihak berkuasa dalam usaha menyelamat mangsa banjir.

"Kami berharap sumbangan yang disampaikan dapat membantu agensi terbabit membuat persediaan menghadapi musim tengkujuh yang bakal tiba bila-bila masa dari sekarang," katanya dalam satu kenyataan media.

Yang turut hadir dalam majlis penyerahan itu Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal dan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Kelantan, Kol (PA) Mohd Adzhar Mujib.

M Ahmad Shazly berkata, selain Kelantan, sumbangan yang sama turut diagihkan ke negeri lain merangkumi 36 bot, 8,800 khemah, 5,500 jaket keselamatan dan 55,000 baju hujan.

"Ia adalah sebahagian daripada komitmen PETRONAS membantu mangsa banjir bernilai RM25 juta yang diumumkan pada Disember tahun lalu.

"Antara Januari hingga Julai tahun ini, Yayasan PETRONAS turut terbabit menganjurkan Program Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM), kepada penduduk di Kepulauan Tumpat dan Mukim Ganchong di Pekan, Pahang.

"Program latihan persediaan sebelum bencana itu membantu penduduk di kawasan berisiko tinggi untuk melakukan persiapan yang lebih sistematik menghadapi banjir," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... kapan-hadapi-banjir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.050606 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list