|
Masa lalu Rizky Billar masih menjadi perhatian umum berikutan kes keganasan rumah tangga yang dilakukannya terhadap isterinya Lesti Kejora.
Netizen juga mengimbas kembali sejarah hidup Rizky yang didakwa seorang penyuka kaum sejenis.
TikTok
Salah satunya adalah saat Rizky menyentuh paha YouTuber terkenal Atta Halilintar.
Menerusi momen yang dimuat naik di akaun TikTok @uktiy007, nampaknya Rizky dan Atta pada mulanya bergurau.
Kedua-duanya bertemu ketika hendak menjalani sesi bergambar bersama isteri masing-masing.
Tiba-tiba, tangan Rizky Billar menghampiri paha Atta .
“Astagfirullahaladzim,” jerit Atta melihat gelagat Rizky yang cuba memicit pahanya.
Ketika Atta terkejut melihat aksi Rizky, suami Lesti Kejora itu menunjukkan reaksi berbeza.
Dia kelihatan tidak menghiraukan ketidakselesaan Atta, malah tersenyum melihat reaksi bapa kepada seorang anak itu.
Difahamkan, Lesti dan Aurel Hermansyah yang berada di lokasi sama menyindir tindakan Rizky.
Kelakuan Rizky memicit paha Atta itu menimbulkan reaksi sinis netizen kerana khabar angin bertiup kencang kononnya Rizky menggemari kaum yang sama.
Rizky yang baru-baru ini dituduh sebagai penyuka kaum sejenis, bagaimanapun tidak mengulas secara langsung mengenai isu ini.
Sumber: Murai |
|