CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 349|Reply: 0

[Terengganu] Pemandu lori terima rumah

[Copy link]
Post time 13-10-2022 10:37 AM | Show all posts |Read mode

ABDUL Halim (empat kanan) menyerahkan kunci rumah kepada Asmadi di Kampung Durian Mas, Manir. FOTO Faizul Azlan Razak

Kuala Terengganu: Kegembiraan jelas terpancar buat pasangan suami isteri apabila memiliki rumah sendiri di Kampung Durian Mas, Manir di sini.

Asmadi Abdullah, 47, dan isteri, Normunirah Mohamad, 33, mampu menarik nafas lega apabila tidak perlu lagi memikirkan duit untuk membayar sewa rumah sebanyak RM350 sebulan.

Dia yang bekerja sebagai pemandu lori berkata, keluarganya berterima kasih kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) Terengganu yang memberikan bantuan membina rumah itu.


Menurutnya, rumah yang dibina itu sedikit-sebanyak mengurangkan bebannya daripada membayar rumah sewanya di Kampung Gong Badak, Kuala Nerus.

"Saya sangat gembira dan tidak sabar berpindah ke rumah sendiri. Selama 12 tahun saya sekeluarga hidup menyewa dan terpaksa berpindah randah mencari rumah sewa bulanan lebih murah.

"Jika tidak dengan bantuan Maidam ini, saya mungkin tidak dapat memiliki rumah sendiri memandangkan pendapatan yang saya terima hanya cukup makan saja," katanya yang ditemui pada majlis penyerahan kunci rumah di sini, hari ini.

Penyerahan kunci rumah itu diserahkan oleh Pengurus Permint Granite Sdn Bhd Abdul Halim Yusof disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Maidam Prof Madya Dr Ahmad Azrin Adnan.

Asmadi berkata, dia sekeluarga akan berpindah masuk ke rumah itu minggu depan dan ia bagaikan hidup baru buat isteri dan tiga anaknya yang berusia lima hingga 12 tahun.

Sementara itu, Ahmad Azrin berkata, kos membina kediaman itu membabitkan RM55,000 dan dibina diatas tanah sendiri.

"Selain itu, kita juga menjemput Pengurus Besar Permint Granitr Sdn Bhd Abdul Halim yang juga antara pembayar zakat Maidam menyerahkan kunci rumah kepada penerima," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... u-lori-terima-rumah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.278007 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list