CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 402|Reply: 0

[Pahang] Pokok tumbang akibat ribut, tiga kanak-kanak cedera

[Copy link]
Post time 15-10-2022 09:26 AM | Show all posts |Read mode

PUSAT Ekonomi Digital Keluarga Malaysia yang rosak dimpa pokok tumbang dan menyebabkan tiga kanak-kanak cedera. FOTO Ihsan FB Saifuddin Abdullah.

Kuantan: Lebih 10 rumah dan sebuah Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di Semambu di sini, mengalami kerosakan dalam kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda daerah ini petang hari ini.

Ketua Kampung Alor Akar Ramli M Taib berkata, kejadian itu turut mengakibatkan tiga kanak-kanak lelaki cedera selepas pokok menghempap PEDi berkenaan dan mereka dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan.

"Saya sempat ke sini untuk melihat keadaan mereka yang cedera di bahagian kepala, tetapi tidak pasti tahap keseriusan kecederaan itu yang hanya dapat ditentukan oleh pasukan perubatan," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Beliau berkata, kejadian sekitar 4 petang itu menyebabkan bumbung rumah penduduk diterbangkan angin manakala beberapa kereta dihempap pokok tumbang.




POKOK tumbang hempap kereta. FOTO Ihsan FB Saifudin Abdullah.

Penduduk Rahimah Hussin, 43, berkata beliau kini berasa tidak selamat untuk menetap di kediamannya selepas rumah dua tingkat itu kini hanya berbumbungkan langit.

Katanya perkakas rumah, permaidani dan perabot turut rosak akibat air hujan setelah bumbung rumahnya tercabut dengan anggaran kerugian lebih RM20,000.

"Saya sekarang tengah cari lori untuk angkat barang-barang yang masih elok untuk pindah keluar ke rumah saudara, memang takut nak tinggal di sini... rumah pun dah tak ada bumbung, lantai pula hanya plywood (papan lapis) saja, saya bimbang ia runtuh selepas terkena air hujan," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Seri Saifuddin Abdullah menerusi hantaran di Facebook berkata, Skuad Prihatin Bencana Perikatan Nasional Indera Mahkota sudah membantu mangsa di kawasan itu.

Beliau yang juga Menteri Luar merakamkan penghargaan kepada Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuantan yang turut sama menghulurkan bantuan.

Tinjauan Bernama di Jalan Beserah di sini mendapati berlaku kesesakan lalu lintas sepanjang hampir tiga kilometer disebabkan kerja-kerja mengalihkan pokok tumbang, selain gerai makanan rosak akibat angin kencang.

Peniaga nasi ayam Sabani Abdul Ghani, 51, berkata ketika kejadian beliau baru selesai berniaga dan sedang membersihkan gerainya.

"Memang cepat sangat kejadian berlaku, barang-barang meniaga ada yang rosak namun mujur saya terselamat... sekarang kami tengah kemas peralatan yang boleh dipakai lagi dan berharap saya dapat kembali berniaga dalam masa terdekat," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -kanak-kanak-cedera

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.047611 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list