CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 364|Reply: 0

[Kelantan] Azi dikesan di Nongkai, utara Thailand sebelum dihantar ke Kuala Lumpur

[Copy link]
Post time 15-10-2022 09:50 AM | Show all posts |Read mode

Ejen jualan kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim

PASIR MAS: Hubungan Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya kontinjen Kelantan dengan Polis Wilayah Narathiwat, Thailand kini pada peringkat terbaik dan akan terus diperkukuh termasuk menerusi pertukaran maklumat dalam apa jua isu berkaitan jenayah rentas sempadan.

Kerjasama itu terbukti dengan kejayaan membawa pulang wanita Malaysia yang diculik ke Thailand hingga ke Laos, baru-baru ini.

Ketua Polis Wilayah Narathiwat Pol Maj Jeneral Wan Seman Wan Salleh, berkata beliau sudah mengarahkan 19 ketua polis di Narathiwat supaya mengesan mangsa sehinggalah berjaya dikesan pihak imigresen di Nongkai, utara Thailand.

"Mangsa kemudiannya dibawa ke Imigresen Bangkok sebelum dihantar terus ke Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita selepas Majlis Maulidur Rasul dan Kesyukuran di Masjid Jenerih 7, Tok Uban, di sini hari ini.


Yang turut hadir, Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun dan Ketua Polis Sungai Golok, Pol Col Pratya Baite.

Muhamad Zaki berkata, pertukaran maklumat bukan sahaja antara Ketua Polis Negeri namun turut membabitkan Ketua Polis Daerah yang bersempadan seperti Pasir Mas dan Sungai Golok.

"Kita berharap hubungan baik ini akan berterusan terutamanya dalam menangani apa-apa isu di sempadan seperti penyeludupan dadah, senjata api dan pendatang haram.

"Segala maklumat yang dikongsi adalah penting supaya segala isu di sempadan dapat ditangani dengan lebih baik," katanya. - BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... m-dihantar-ke-kuala

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.065039 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list