CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 578|Reply: 4

[Terengganu] Tangki septik di Pulau Perhentian punca pencemaran

[Copy link]
Post time 15-10-2022 03:21 PM | Show all posts |Read mode

Long Beach, Pulau Perhentian. - GAMBAR HIASAN



BESUT – Operasi pengosongan tangki septik di Pulau Perhentian di sini akan dijalankan bagi menangani masalah pencemaran yang berkemungkinan berpunca daripada sisa kumbahan di pulau peranginan tersebut.

Operasi pengosongsan tangki septik tersebut akan dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), bersama syarikat perkhidmatan pembetungan nasional, Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) membabitkan kos sebanyak RM3 juta.

Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), SPAN dan IWK telah mengambil langkah segera untuk mengatasi masalah sistem kumbuhan di Pulau Perhentian dan tinjauan mendapati beberapa lokasi di Pulau Perhentian (Kecil dan Besar) telah dikategorikan sebagai risiko besar dengan pencemaran tertumpu di Long Beach.

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Wilayah SPAN, Ir. Mohd. Jalaludin Sulaiman berkata, persampelan telah dibuat ke atas sumber bekalan air dari operator bekalan air serta air telaga dan menemui bakteria Escherichia Coli (E-Coli).

“Hasil persampelan mendapati terdapat bakteria E-Coli yang dikesan daripada sampel air telaga yang digunakan oleh peniaga-peniaga makanan di sepanjang pantai.

“Tinjauan kami bersama IWK mendapati premis-premis yang menggunakan tangki septik di Pulau Perhentian Besar dan Kecil tidak pernah melakukan sebarang pengosongan tangki septik, atau rawatan kepada sisa kumbahan sebelum dilepaskan ke pantai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sesi libat urus bersama penduduk kampung dan pengusaha chalet serta resort di pulau peranginan berkenaan, hari ini.

Difahamkan, perkhidmatan pengosongan tangki septik di pulau tersebut akan melibatkan kerja-kerja nyahenap cemar bagi kira-kira 500 premis termasuk pejabat agensi kerajaan, resort, chalet, café dan inap desa serta rumah-rumah kampung.

Ujar beliau, kos bagi menjalankan kerja-kerja menyahenap cemar di pulau-pulau kecil seperti di Pulau Perhentian adalah besar kerana kedudukan pulau yang tidak mempunyai kemudahan moden bagi merawat enap cemar.

“Dengan persetujuan KASA, kos bagi membiayai perkhidmatan nyahenap cemar secara “one-off” ini akan ditanggung Kerajaan Persekutuan melalui peruntukan khas.

“Namun, selepas ini, ianya akan menjadi tanggungjawab pemilik tangki septik, sebagaimana pemilik tangki septik di tempat lain, untuk membiayai kos perkhidmatan ini seperti mana pembayaran bil utiliti yang lain,” tambah Mohd. Jalaludin.

Sementara itu, Ketua Unit Perniagaan Nyahenap Cemar IWK, Pauzi Mohamed berkata, IWK akan menjadual dan melaksanakan perkhidmatan pengosongan tangki septik secara berkala di pulau berkenaan mulai suku pertama tahun 2023 setelah menyiapkan kemudahan rawatan enap cemar.

“IWK juga akan membina tapak pelupusan yang sesuai, sementara menunggu pembinaan Loji Rawatan Kumbahan berpusat atau kemudahan rawatan enapcemar tersedia.

“Sebenarnya, bukan mudah untuk melaksanakan kerja-kerja nyahenap cemar di pulau, kerana penggunaan baj, bot dan kenderaan kecil khas nyahenap cemar yang perlu direka untuk sesuaikan dengan demografi di pulau tersebut yang mana akan memakan kos yang tinggi,” ujarnya.

Namun, katanya, IWK tetap komited untuk melaksanakan perkhidmatan ini demi membantu memastikan pencemaran tidak terus berlaku,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2022/10 ... n-punca-pencemaran/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2022 08:00 AM | Show all posts
oh patot la ada baca news 2-3 weeks ago
ada pengunjung claim, dorang balik dari perhentian. rasa pening, loya, muntah2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2022 10:22 AM | Show all posts
bellaa replied at 16-10-2022 08:00 AM
oh patot la ada baca news 2-3 weeks ago
ada pengunjung claim, dorang balik dari perhentian. rasa pen ...

nasib baik bukan bellaa yang kena....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 01:48 PM | Show all posts
mattzzx replied at 16-10-2022 10:22 AM
nasib baik bukan bellaa yang kena....

kalo bella loya, penin, muntah2
tu da kena buatan org

bisa tak kebah 9 bulan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2022 03:51 PM | Show all posts
bellaa replied at 16-10-2022 01:48 PM
kalo bella loya, penin, muntah2
tu da kena buatan org




amboiii bisa bonar buatan orang tu sampai 9 bulan tak kebah
bertuah punya orang...heheee



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.099106 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list