Alhamdulillah, dia sudah mengakui perbuatannya dan meminta maaf kepada saya. Lesti Kejora tarik semula laporan polis terhadap suami tercinta Rizky Billar
Jakarta: Penyanyi dangdut Indonesia, Lesti Kejora menarik semula laporan polis berhubung dakwaan kekerasan rumah tangga yang dibuat ke atas suaminya, Rizky Billar.
Keputusan Lesti itu dibuat sebaik sahaja dia pulang dari menunaikan umrah selain memikirkan anak mereka yang tidak bersalah dan menjadi mangsa dalam perkara itu.Kerana anak saya, dia suami dan juga bapa kepada anak saya," katanya.
Menurut Lesti, Rizky sudah mengakui kesalahan dibuat dan meminta maaf kepada kedua ibu bapanya sekali gus menyesali akan perbuatannya itu.
"Alhamdulillah, dia sudah mengakui perbuatannya dan meminta maaf kepada saya terutamanya kepada kedua ibu bapa saya. Insya-Allah, keluarga saya, bapa dan ibu saya memaafkan perbuatan suami saya. Saya berharap dia tidak akan mengulangi lagi perbuatan ini," katanya.
Sementara itu, peguam yang mewakili Lesti iaitu Sandy Arifin berkata, terdapat beberapa perkara penting dalam persetujuan pendamaian penyanyi berkenaan bersama suaminya.Ada beberapa isi penting dalam perjanjian mereka. Kalau Rizky melanggar peraturan itu, Lesti berhak membawa perkara ini ke mahkamah. Sesuai perjanjian, perkara ini tidak akan berlaku lagi," katanya.
Terdahulu, media melaporkan Rizky didakwa mencekik Lesti hingga terjatuh ke lantai selepas isterinya mengetahui dirinya berlaku curang.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Make sense apa macik ckp. Demi contract dan endorsement, mereka harus terus bersama. Kang kalo disaman sampai bankrap lg merana dari dibaling bola billiard