CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 384|Reply: 0

[Kedah] Bomba selamatkan dua wanita warga emas

[Copy link]
Post time 16-10-2022 04:43 PM | Show all posts |Read mode

Rumah warga emas yang dinaiki air berikutan banjir kilat di Jalan Stesen, pekan Kodiang, Jitra, hari ini. - Foto BOMBA

JITRA: Pasukan bomba membantu memindahkan dua wanita warga emas selepas rumah mereka di Kodiang dinaiki air akibat banjir kilat, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima menerima panggilan kecemasan banjir kilat melalui MERS 999 pada jam 10.15 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra yang diketuai Pegawai Kanan Bomba II Che Kop Che Dan tiba di lokasi dan mendapati paras air sedalam 0.9 meter.

"Keadaan cuaca hujan. Rumah mangsa di tepi sungai dan paras air sungai meningkat.


"Anggota bomba menyelamatkan penghuni dengan membawa keluar dua wanita berusia 89 tahun dan 71 tahun ke rumah jiran.

"Wanita warga emas berusia 89 tahun itu menghidap sakit tua, manakala seorang wanita berusia 71 tahun lagi pesakit kanser usus," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, operasi tamat jam 11.41 pagi.

Beliau berkata, banjir kilat itu menyebabkan empat rumah terjejas ditenggelami air.
https://www.bharian.com.my/berit ... a-wanita-warga-emas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 06:59 PM GMT+8 , Processed in 0.419183 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list