View: 1367|Reply: 5
|
Gong Hyo-jin kini milik Kevin Oh
[Copy link]
|
|
FOTO cincin perkahwinan Gong Hyo-jin dan Kevin Oh yang dikongsikan aktres itu dalam Instagramnya.
Gong Hyo-jin kini milik Kevin Oh
MANIS bersemut! Demikian respons ramai peminat apabila mendapat tahu aktres popular Gong Hyo-jin selamat melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya, Kevin Oh.
Pasangan itu sah bergelar suami isteri dalam sebuah majlis perkahwinan yang diadakan pada Selasa minggu lalu di sebuah lokasi tidak didedahkan di New York.
Sejurus majlis mereka berlangsung, Hyo-jin berkongsi kegembiraan bersama peminat dengan memuat naik gambar cincin perkahwinan dalam Instagramnya.
Foto tersebut memaparkan Hyo-jin dan Kevin saling berpegangan tangan dengan menunjukkan sepasang cincin pada jari manis mereka.
“Baru berkahwin!” tulis bintang ternama itu ringkas pada ruangan kapsyen.
Majlis perkahwinan pasangan yang mula bercinta sejak dua tahun lalu itu turut dihadiri rakan selebriti popular antaranya Jung Ryeo-won dan Uhm Ji-won.
Hyo-jin dan Kevin mula mendedahkan hubungan cinta mereka kepada umum sekitar April lalu.
Aktres yang popular menerusi drama Master’s Sun dan It’s Okay, That’s Love itu kemudian mengumumkan perkahwinannya dengan Kevin yang juga seorang penyanyi pada Ogos lalu.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/10 ... ini-milik-kevin-oh/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
jam and wedding rings from Piaget, pergh. ye la GHJ model Piaget |
|
|
|
|
|
|
|
Kawen jgk akhirnya..tgk die ni start dari form one lg smpai la skng dh berank 3 die tk kawen2 lg |
|
|
|
|
|
|
|
Gosip nak kahwin masa Binjin wedding mmg btul tapi couple ni deny....nak bagi Kevin Oh buat official announcement kat IG....xsgka juga jodoh GHJ dgn penyanyi.....beza umur tu dah normal utk culture skg
Tahniah for both |
|
|
|
|
|
|
| |
|