CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 296|Reply: 0

[Kedah] 43 mangsa banjir masih di PPS di Padang Matsirat

[Copy link]
Post time 18-10-2022 11:44 AM | Show all posts |Read mode

Sebahagian 43 mangsa banjir masih di PPS Dewan Syifa di Padang Matsirat, Langkawi. FOTO HAMZAH OSMAN

Langkawi: Seramai 43 mangsa banjir dari tiga kampung di sini, kelmarin, masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Syifa di Padang Matsirat di sini, sehingga 9 pagi ini.

Mangsa adalah daripada 11 keluarga membabitkan 25 lelaki dan 18 wanita yang dipindahkan ke pusat itu selepas ia diaktifkan mulai 8 malam kelmarin.

Kampung yang terjejas termasuk Kampung Atas dan Limbung Putra dalam Mukim Padang Matsirat serta Kampung Buluh Penyumpit bagi Mukim Kuah.


Pegawai Pertahanan Awam Daerah Langkawi, Ahmad Shahfikri Darus berkata, daripada jumlah itu, 10 keluarga dari Mukim Padang Matsirat, manakala satu keluarga dari Mukim Kuah.

"Cuaca semakin baik, tapi mangsa akan terus kekal di PPS ini sehingga keadaan cuaca kembali pulih dan kerja-kerja pembersihan rumah mereka selesai.

"Soal kebajikan termasuk makan minum dan kesihatan dijaga dengan baik dalam tempoh mereka berada di penempatan disediakan," katanya ketika ditemui di sini.

Beliau berkata, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Langkawi juga sudah melakukan ujian saringan kesihatan termasuk Covid-19 bagi memastikan tahap kesihatan mangsa dalam keadaan baik.

"Alhamdulillah, semua mangsa yang mendaftar masuk ke PPS ini bebas dari jangkitan Covid-19," katanya.

Beliau berkata, Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) masih dibuka untuk menerima panggilan dan merekodkan data diterima daripada mangsa.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -di-padang-matsirat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.182948 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list