|
DEWI PERSIK
Dipukul suami, Dewi Persik sesal bukan sebab sakit
PENYANYI dangdut Dewi Persik tidak akan sesekali memaafkan lelaki yang telah melakukan kekasaran dalam rumah tangga seperti yang dialami oleh penyanyi genit, Lesti Kejora.
Dedah Dewi atau lebih mesra disapa Dede, dia sendiri pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga apabila dipukul oleh suami pertamanya.
“Saya pernah dipukul bekas suami pertama sehingga mata saya berdarah. Tapi saya tidak melaporkan perkara itu kepada pihak polis kerana sangat sayangkan dia,” kata Dewi.
Tindakan yang dialami penyanyi itu membuatkan bapanya begitu marah dan mahu melaporkan kepada pihak polis, namun dihalang oleh Dewi.
Pelantun lagu Syantik itu hanya minta untuk diceraikan. Namun, selepas peristiwa tersebut Dewi ternyata kesal kerana tidak bertindak melaporkan keganasan yang dialaminya kepada pihak polis.
“Jangan ditiru tindakan saya. Wanita harus berani jika menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Laporkan kepada polis jika terjadi pada diri anda,” katanya.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/10 ... -bukan-sebab-sakit/
|
|