CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 511|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Peniaga didakwa bunuh Datin

[Copy link]
Post time 20-10-2022 01:22 PM | Show all posts |Read mode

MOHD. Faizul Mohamad Ali Kamil (baju biru) didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang warga emas bergelar Datin. FOTO: MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.



SEREMBAN – Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang Datin berusia 70-an di sebuah rumah di Taman Paroi Jaya di sini pada 23 September lalu.

Tertuduh Mohd. Faizul Mohamad Ali Kamil, 45, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Firdaus Saleh.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang juga tidak dibenarkan diikat jamin.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Faizul didakwa telah menyebabkan kematian seorang warga emas, Noraida Nordin, 75.

Kesalahan itu dilakukan di dapur sebuah rumah  di Jalan Kedidi, Taman Paroi Jaya di sini antara pukul 4.52 petang hingga 8 malam, 23 September 2022.

Sehubungan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman mati atau dengan penjara selama 30 tahun, dan jika dikenakan hukuman mati boleh disebat.

Terdahulu, tertuduh yang memakai baju-T berwarna biru tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 9 pagi.

Pihak pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Zainul Hashimi manakala tertuduh diwakili peguam, Sritharai C N  dan P.Praveen.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2022/10/20/peniaga-didakwa-bunuh-datin/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2025 09:36 PM GMT+8 , Processed in 0.086735 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list