View: 1305|Reply: 9
|
Akon Banyak Isteri Kata, Takkan Nak Pakai Benda Sama Setiap Hari?
[Copy link]
|
|
Penyanyi R&B dan penerbit, Akon muncul sebagai tetamu dalam sebuah radio Amerika Syarikat dengan Big Boy sebagai deejay.
Dalam temubual tersebut, Akon yang sudah tercalon dalam banyak Grammy Award tidak hanya berbicara tentang kerjaya, tetapi mengenai kehidupan peribadinya.
IG Akon
Lelaki dengan nama sebenar Aliaune Damala Badara Akon Thiam itu bercerita tentang kehidupannya sebagai seorang suami yang memiliki lebih daripada satu isteri.
Namun Akon tidak pernah mendedahkan berapa banyak isteri yang dimilikinya setakat ini.
“Saya tidak akan beritahu berapa isteri saya. Saya lebih suka orang menekanya,” kata Akon seperti dilaporkan ladbible.com.
Dia menyifatkan poligami atau memiliki banyak isteri memudahkan kehidupannya. Lelaki berusia 49 tahun itu kemudian memberi analogi memiliki banyak isteri seperti mempunyai kereta Ferarri dari warna yang berbeza.
“Hidup menjadi sukar kerana kita hanya perlu fokus kepada satu perkara pada satu masa. Itu sukar.
“Okay, fikir seperti ini. Saya benci memberi analogi seperti ini sebab tidak mahu orang mengambilnya secara salah.
IG Akon
“Katakan, anda mempunyai empat Ferrari dengan warna berbeza, setiap hari anda tak perlu pening kereta yang mana satu akan anda pandu. Buat pilihan yang lebih mudah.
“Memikirkan atau memberi hanya satu fokus, saya fikir kita tidak boleh memakai benda yang sama setiap hari,” katanya panjang lebar.
Sehingga kini, media memang tidak dapat memastikan jumlah isteri Akon. Ada yang mengatakan dia sudah memiliki empat isteri dan bertunang dengan wanita kelima.
Sumber: Gempak |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Samakan bini macam kereta. Ah sudahhh, ada 1 bini lagi senang. Xpayah pening nak pilih kereta, nak renew insurance & roadtax banyak2 |
|
|
|
|
|
|
|
bini dia pun boleh kata: xkan nak guna penis yang sama..dah la kena bergilir.. lepas tu no variety flavor..lasting only 2 minute max..hahahaaa..kita tgk apa kata pakcik akon ni plak... |
|
|
|
|
|
|
|
Bak kata laki iolls, 1 bini pon dah pening sakit jantung melayan perangai, inikan pulak 2,3 bini
|
|
|
|
|
|
|
|
eeeeee mesti ada penyakit kelamin. grosss |
|
|
|
|
|
|
|
Errrr gross. ikut mung la akon oii.. |
|
|
|
|
|
|
|
lonely..im so lonely...
now x lonely dah.. byk bini ble hiburkan |
|
|
|
|
|
|
|
Sat lgi kluar statement yg prmpuan ni x brguna hahahaha. Double standard at it's worst.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|