CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 396|Reply: 0

[Terengganu] Ibu nekad selamatkan anak

[Copy link]
Post time 24-10-2022 10:58 AM | Show all posts |Read mode

NORAZRINA (kanan) bersama anaknya. FOTO Zaid Salim

Kuala Terengganu: "Mujur saya cepat kembali semula ke rumah, kalau tidak saya tidak tahu apa nasib anak bongsu saya," kata Norazrina Mohamad, 30, mangsa kebakaran di Kampung Panji Alam, di sini, jam 9.11 malam tadi.

Menurut Norazrina, dia nekad untuk menyelamatkan anak perempuannya berusia enam bulan daripada terperangkap di dalam rumah.

Kata, sebelum kejadian, dia bersama anak bongsu, Nur Shasya Erliya berusia enam bulan berada di dalam rumah, manakala suaminya, Shazrol Shafiruddin Sulaiman, 32, keluar membeli makanan.


Katanya, sebaik sahaja suami beredar dari kawasan rumah, tiba-tiba dia ternampak asap hitam dan api dari bawah rumah di bahagian ruang tamu sebelum keluar memberitahu abang ipar, Shahrir Sharafuddin, 34, yang tinggal berhampiran rumahnya.

"Ketika keluar, saya tinggalkan anak bongsu sendirian dalam rumah dan ketika kembali semula untuk mengambil anak, saya terkejut melihat api sudah membakar sebahagian ruang tamu dan dinding.

"Saya nekad masuk ke dalam rumah untuk menyelamatkan anak. Selepas berjaya membawa keluar anak saya cuba masuk semula untuk mengambil telefon bimbit untuk menghubungi suami dan menyelamatkan barangan lain termasuk dokumen diri serta barangan kemas dan wang tunai, tetapi dihalang abang ipar kerana api semakin marak.

"Abang ipar cuba memadamkan api menggunakan saluran paip getah tetapi tekanan air rendah tidak cukup untuk memadamkan api yang semakin besar, sebelum bomba tiba," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Ibu kepada tiga anak itu berkata, walaupun kejadian itu menyebabkan mereka lima beranak tinggal sehelai sepinggang, dia bersyukur kerana anak bongsunya terselamat.

Dua lagi anaknya, Nur Shasya Ellysya, 6, dan Nur Shasya Eryna, 4, berada di rumah neneknya yang tinggal berjiran.

Norazrina berkata, berikutan kejadian itu, mereka lima beranak terpaksa menumpang sementara di rumah nenek yang juga mengalami sedikit kerosakan kesan daripada kejadian itu.

"Memang sedih tetapi bersyukur kerana saya dan anak terselamat daripada terperangkap dalam kebakaran itu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kad-selamatkan-anak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.039213 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list