CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 470|Reply: 0

[Terengganu] Peniaga jual ayam RM12 sekilogram

[Copy link]
Post time 24-10-2022 01:32 PM | Show all posts |Read mode
KUALA TERENGGANU: Peniaga ayam beberapa pasar utama daerah ini dan Kuala Nerus mendakwa bekalan merosot, sekaligus memaksa mereka menjual melebihi harga siling, iaitu RM9.40 sekilogram.

Peniaga mendakwa harga yang diberi oleh pembekal melebihi harga kawalan iaitu di antara RM10.30 hingga RM10.50 setiap kilogram.

Peniaga ayam di Pasar Chabang Tiga, Zul Fakri Amin Abdul Manan, 35, berkata mereka menetapkan harga berdasarkan kadar yang dikenakan oleh pembekal.

"Dalam seminggu dua ini kita terpaksa menjual pada harga antara RM11 hingga RM12 sekilogram.


"Memang tinggi daripada harga kawalan tetapi untung yang kita dapat tak banyak pun, dalam RM1.50 sahaja bagi setiap kg.

"Kalau jual ikut harga kawalan, terang-terang kita menanggung kerugian, Jadi bukan suka hati peniaga menjual lebih daripada harga kawalan," katanya di sini.

Beliau berkata, bekalan ayam juga semakin kurang kerana beliau hanya menerima 100 ekor ayam setiap hari, berbanding tempahan 200 ekor.

Selain menjual secara runcit, Zul Fakri berkata, beliau juga perlu menyediakan tempahan daripada pelanggan tetap seperti pengusaha kedai makan.

"Saya hanya menerima separuh daripada pesanan dan masalah ini dihadapi semua peniaga ayam, bukan sahaja di pasar ini," katanya.

Peniaga, Ahmad Ismail, 53, dari Kampung Paloh, di sini, berkata harga yang dikenakan tinggi berbanding harga kawalan dan pelanggan tidak boleh menyalahkan peniaga kerana harga yang diterima daripada pembekal sudah tinggi.

Beliau mendakwa, bekalan ayam kembali merosot selepas kerajaan membenarkan semula eksport ayam keluar negara.


Peniaga ayam melayani pelanggan di Pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu, hari ini. - Foto NSTP/ZAID SALIM
https://www.bharian.com.my/berit ... yam-rm12-sekilogram

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.054343 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list