|
PASIR PUTEH: Bekalan ikan ketika musim tengkujuh dijamin cukup, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.
Beliau berkata, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sudah menyediakan bekalan secukupnya, susulan ramalan hujan berterusan hujung tahun ini.
Katanya, negara juga akan mengimport ikan bagi memastikan bekalan sentiasa ada.
"Kita juga mempersiap bekalan makanan asas lain seperti ayam, telur, daging. Ada bekalan-bekalan dibuat kerajaan. Rakyat tak perlu bimbang.
"Biasanya banjir akan melanda dalam seminggu atau paling cepat dua hari. Selepas itu dah surut balik. Jadi, kerajaan dah siapkan bekalan makanan ini," katanya di sini, hari ini.
Hadir sama Pengarah Bahagian Pengembangan Pertanian, Jabatan Pertanian, Johari Abdullah dan Pengarah Jabatan Pertanian Kelantan, Norbahani Zakaria.
Muhammad Zawawi berkata, kerajaan juga dengan prihatin nasib nelayan di musim bah apabila menyediakan lesen Pukat Tunda Musim Tengkujuh, bagi nelayan zon A menangkap ikan, udang dan sotong.
"Kita membenarkan sehingga bulan Februari. Cuma ada syaratnya dan kita tak beri sewenang-wenangnya kerana perlu jaga supaya ikan tak terancam untuk kepentingan nelayan juga," katanya.
Dalam perkembangan lain, Zawawi berkata, kerajaan memperuntuk RM8.267 juta bagi program pertanian seluruh negara.
Katanya, ini termasuk RM1.836 juta di Parlimen Pasir Puteh bagi memastikan kebajikan petani seiring dengan industri lain, selain membantu meningkatkan kadar keselamatan bekalan makanan dalam negara.
"Kita nak cepatkan kadar tahap sara diri ke arah 100 peratus. Kita tak perlu lagi bergantung import makanan, malah sampai tahap kita pula boleh eksport makanan ke luar," katanya.
Agensi kerajaan memberi jaminan bekalan ikan mencukupi pada musim tengkujuh. - Foto hiasan
Nelayan kecil tidak turun ke laut pada musim tengkujuh. - Foto hiasan
https://www.bharian.com.my/berit ... ada-musim-tengkujuh |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|