View: 347|Reply: 0
|
[Johor]
Banjir termenung, 57 mangsa masih di PPS
[Copy link]
|
|
Segamat: Akibat banjir termenung di Kampung Seberang Batu Badak di sini, penduduk yang dipindahkan sejak minggu lalu dijangka terus berada di pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga hari mengundi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November depan.
Ini kerana mangsa mendakwa rumah mereka digenangi air setinggi kira-kira 0.5 meter tiada tanda menunjukkan banjir termenung itu akan surut memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu.
Penduduk, Edah Othman, 55 berkata, setiap kali banjir penduduk Kampung Seberang Batu Badak antara yang awal berpindah dan penghuni akhir keluar di PPS.
Katanya, banjir termenung berlaku hampir setiap tahun dan setakat ini tidak nampak dilema yang ditanggung penduduk akan berakhir.
"Kami pernah menghuni PPS hampir sebulan pada bah besar tahun 2015. Tidak mustahil hari mengundi pada 19 November nanti kami masih berada di PPS Balai Raya Kampung Batu Badak," katanya.
Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Segamat berkata, sehingga 11.30 pagi ini terdapat 57 mangsa daripada 18 keluarga masih ditempatkan dia tiga PPS sejak 2 November lalu.
MANGSA bah termenung dikediaman mereka di Kampung Seberang Batu Badak disini sejak 2 November lalu. FOTO AHMAD ISMAIL
"Semua mangsa masih ditempatkan di PPS di Balai Raya Kampung Batu Badak, Balai Raya Kampung Kuala Paya dan Dewan Komuniti Kampung Tasek.
"Mereka terdiri daripada penduduk Kampung Seberang Batu Badak (39 mangsa), Kampung Kuala Paya (empat) dan Kampung Tasek (14)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, banjir itu berlaku akibat daripada susulan hujan lebat bermula awal pagi pada 2 November lalu yang memburukkan lagi keadaan banjir termenung di kawasan berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... asih-di-pps-metrotv |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|