CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 13222|Reply: 61

Sniper

[Copy link]
Post time 24-10-2010 11:50 AM | Show all posts |Read mode
Seorang tentera Amerika yang ditembak oleh Sniper.
Dia bernasib baik dan selamat
Satu seksyen sedang meronda di kawasan penempatan sebagaimana yang dilakukan sebelum ini. Kesemua anggota memerhatikan keadaan sekeliling dan tiba-tiba 'thump' anggota dihadapan tersungkur menyembah bumi. Anggota yang lain mencari perlindungan dan dalam keadaan yang kelam kabut, seorang lagi ditembak dan melihat keadaan itu, seluruh seksyen menembak secara rambang dengan harapan dapat mencederakan penembak tersebut. Penembak tersebut telah bergerak keluar dari tempat persembunyiannya dan bergerak ke kawasan pasukan sahabat. Senario tersebut merupakan keadaan di mana sniper menjalankan tugasnya dan kesannya terhadap sesuatu operasi ketenteraan.

Sniper atau dalam bahasa Melayu  dikenali dengan nama sebagai penembak tepat atau juga sebagai penembak curi. Ia telah wujud sejak sekian lama bermula dari pengenalan senjatapi dimana sniper akan bergerak dan mencari sasarannya. Tugas utama sniper adalah untuk membunuh ketua-ketua kumpulan kerana seperti ular apabila kepala dipotong maka badan tidak dapat bergerak. Sniper juga memburu operator radar, peluru berpandu, komander kenderaan perisai, juru radio dan anggota yang dirasakan penting. Peranan sniper tidak dinafikan mempunyai kesan serta peranan dalam peperangan moden. Seorang sniper boleh menyebabkan kemaraan sesuatu pasukan terhenti kerana satu das tembakan dilepaskan oleh beliau dan tidak dapat dikesan. Ia juga dapat menjatuhkan moral seseorang tentera yang mana ia akan memberi kesan psikologi dimana wujud kebimbangan mengenai nyawa apabila melaksanakan operasi bagi hari seterusnya.

Sniper akan 'mengadunkan' dirinya dengan persekitaran bagi mengelakkan ia dikesan musuh dan juga sebagai penyamaran. Pada peringkat awal, Sniper akan menggunakan semulajadi untuk membuat penyamaran dan kita dapat lihat penyamaran dibuat sebagaimana cerita enemy at gate dimana ia membuat penyamaran sesuai dengan keadaan persekitaran bandar. Teknologi yang semakin berkembang telah menjadikan penyamaran sniper sukar untuk dilihat melalui mata kasar. Sekarang sniper gemar menggunakan suit ghillies atau rambu ramba. Selain itu, teknologi mengenai penggiraan titik jatuh peluru, jenis peluru dan  senjata juga telah menyumbang reputasi yang menakutkan.

Sniper akan menggunakan senjata berkaliber 7.62 seperti SVD dan juga 12.7 seperti barret. Ia menggunakan kaliber  tersebut bagi membunuh musuh pada jarak yang jauh. 7.62 biasanya digunakan untuk personnel manakala 12.7 digunakan untuk anti material. Pihak Soviet telah mencipta senjata sniper yang boleh dikatakan sebagai lagenda iaitu SVD. ia direka sama seoerti AK-47 bagi mengelirukan musuh untuk mengesan sniper kerana rekabentuk senjata yang hampir sama.

Sniper dan suit ghillie
Ketakutan kepada sniper menyebabkan pelbagai teknologi anti sniper diperkenalkan seperti sensor untuk mengenalpasti arah balistik peluru sniper, vest kalis peluru yang dipertingkatkan dan bahkan ada yang menggunakan sniper memburu sniper. Ia pernah terjadi apabila sniper tentera merah berjaya membunuh tentera Jerman setiap hari dan ia menjatuhkan moral anggota mereka. Mejar Konig, jurulatih pusat latihan sniper Jerman telah dipanggil untuk memburu sniper Soviet yang terkenal, Vassili Zaitzev. Selain itu, semasa Amerika beroperasi di Iraq dan Afghanistan, ramai dari tentera mereka dibunuh oleh sniper sebagai mana yang ditunjukkan dalam rakaman video.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2010 11:56 AM | Show all posts
Smlm baru tgk Enemy At the Gates... prinsip yang sama diaplikasikan..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2010 12:32 PM | Show all posts
Smlm baru tgk Enemy At the Gates... prinsip yang sama diaplikasikan..
perang_sivil Post at 24-10-2010 11:56


saya pun tengok juga cerita tu. Tapi aku pelik r, bila crite askar je yang hebat marine, sniper.. kadang2 aku terfikir gak, bila la dia nak buat cerita tentang medic ker, driver ker..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2010 12:35 PM | Show all posts
saya pun tengok juga cerita tu. Tapi aku pelik r, bila crite askar je yang hebat marine, sniper. ...
amir_70014 Post at 24-10-2010 12:32



    berlambak la pasal medic Full Metal Jacket.. thin red line... great raid....
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2010 12:39 PM | Show all posts
Reply 4# perang_sivil

Huhu ada ek.. mungkin aku belum tengok lagi tu..huhu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2010 12:53 PM | Show all posts
Reply  perang_sivil

Huhu ada ek.. mungkin aku belum tengok lagi tu..huhu..
amir_70014 Post at 24-10-2010 12:39



    gi la tengok.. pastu tgk cite cerite biru..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2010 12:59 PM | Show all posts
Reply 6# perang_sivil

Hehe.. kalau tengok cerita biru, muka akan jadi  
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 12:35 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2010 02:02 AM | Show all posts
aku pun pernah negok cita 2, jika dihayati filem 2 bnyak tatikel yang blh diguna pakai olh sniper malaysia..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2010 12:38 PM | Show all posts
dlm edisi tempur bulan brp tah ada kupas pasal sniper nie..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2010 11:15 AM | Show all posts
sniper adalah unsur sabotaj dalam battle
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 03:18 PM | Show all posts
Unsur sabotaj? Camne tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2010 06:11 PM | Show all posts
Reply 12# alphawolf


    Sniper ngan Komando ni hanya ditugaskan utk misi khas...samada bunuh high profile atau buat sabotaj..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 09:38 PM | Show all posts
tp aku lebih prefer sharp shooter , klu sniper kepada ambush dan sembunyi sembunyi , sharp shooter lak lebih kepada direct , dlm kelam kabut peperangan mereka boleh target musuh dgn pantas
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 11:35 PM | Show all posts
hyazinth79
aku rasa pendapat kau salah lah....
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 11:42 PM | Show all posts
jika kau prefer sharp shooter dalam peperangan mereka boleh target musuh dgn pantas berapa ramai kau nak latih infantri yang ada kat malaysia ni? blh ke kau bentuk sharp shooter seramai 400 anggota infantry dalam 1 batallion? yang ada gi kursus sniper pun dalam 16 org cuma 2 org je yang lulus kita blh fikir sendiri lah mcm mana nak betuk org ni.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2010 11:47 PM | Show all posts
bukan semua org boleh jadi sharp shooter , US pun tak sampai 100 org satu Bat dia boleh kumpulkan , tp  ianya satu kemestian utk pastikan wujudnya sharpshooter , kos dia pun lebih murah berbanding sharp shooter .  sniper lebih kepada unit elit berbanding sharp shooter yg diambil dr tentera biasa , sbb tulah kempen marksman diadakan
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 11:58 PM | Show all posts
siapa kata sniper hanya ada kat pasukan elit??? tu pelik...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2010 12:06 AM | Show all posts
dalam dunia sniper ni ia ada bahagian2 dan pecahaan dalam penugasan setiap tim sniper.x semestinya komando je ada sniper, tapi infantry pun ada sniper dia juga. tapi setiap penugasan sniper infantry dan sniper komando ni ckp berbeza....
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2010 08:12 AM | Show all posts
sniper modern bukan setakat pembunuh high profile sahaja...mereka juga bertindak sebagai observer...jadi mata dan telinga tersembunyi....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 302481 Replies : 7478
Tiktok, suke ke tak?
MrsVeneerTiktok, suke ke tak?
Views : 21392 Replies : 133
Korang beli lagi tak surat khabar
makitingKorang beli lagi tak surat khabar
Views : 11490 Replies : 79
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 79032 Replies : 3307
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30988 Replies : 168
Hipokrit ?Rakyat Malaysia berbondong bondong ke Apple Store dekat TRX
YgBenarHipokrit ?Rakyat Malaysia berbondong bon
Views : 9079 Replies : 15
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 9549 Replies : 30
Dah besar pun dia..
BoomibulatDah besar pun dia..
Views : 13714 Replies : 94
Hefny dj sinar nikah
fair_izaHefny dj sinar nikah
Views : 11276 Replies : 87
Bayaran pencen dinaikkan selari kenaikan gaji penjawat awam - Menteri
AbahmungBayaran pencen dinaikkan selari kenaikan
Views : 3536 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-7-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.094195 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list