View: 364|Reply: 0
|
[Johor]
63 ditahan di premis hiburan
[Copy link]
|
|
SEBUAH pusat hiburan di bandar raya ini diserbu polis apabila beroperasi melebihi had waktu ditetapkan, kira-kira jam 2 pagi. FOTO IHSAN POLIS
Johor Bahru: Sebuah pusat hiburan di bandar raya ini diserbu polis apabila beroperasi melebihi had waktu ditetapkan, kira-kira jam 2 pagi, semalam.
Seramai 63 individu ditahan termasuk penjaga premis, mereka yang didapati positif pelbagai jenis dadah dan warga asing.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, operasi khas dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor itu turut memeriksa lebih 500 individu yang sedang berhibur dalam premis itu.
"Pada mulanya, kita menahan seorang wanita berusia 32 tahun yang mengaku sebagai penjaga premis.
"Hasil semakan mendapati premis itu mempunyai lesen perniagaan yang sah dari 1 Julai 2022 hingga 31 Disember 2022 bermula jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam saja.
"Bagaimanapun, premis itu beroperasi melebihi had waktu yang ditetapkan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Beliau berkata, pusat hiburan itu menawarkan tiket berharga RM60 dengan peluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebagai tarikan kepada pengunjung.
"Penjualan tiket pula dilakukan secara dalam talian sama ada menerusi media sosial seperti Facebook, aplikasi Tik Tok atau Instagram," katanya.
Menurutnya, hasil ujian awal saringan air kencing kemudian mendapati 43 lelaki dan 19 wanita positif pelbagai jenis dadah termasuk empat warga asing yang mana semuanya berusia antara 16 hingga 58 tahun.
Beliau berkata, semua yang ditahan akan direman bagi membantu siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 11 Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Johor (ENJ).
"Terdapat orang yang dikehendaki dalam tangkapan ini dan turut akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.
"Polis berharap orang ramai terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah menerusi hotline JSJN 012-2087222," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-di-premis-hiburan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|