View: 402|Reply: 0
|
[Johor]
Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat 449 orang
[Copy link]
|
|
KEAADAAN banjir kilat di Kampung Ithnin Maarof, Johor. FOTO NUR AISYAH MAZALAN
Johor Bahru: Mangsa banjir Johor terus melonjak kepada 449 orang daripada 104 keluarga yang kini ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah negeri ini, setakat tengah hari ini.
Jumlah mangsa terus bertambah berbanding seramai hanya 319 orang daripada 75 keluarga, yang direkodkan pada jam 8 pagi tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataan memaklumkan pertambahan mangsa banjir itu berikutan berlaku limpahan paras air sungai utama di beberapa daerah selepas hujan lebat hampir lima jam awal pagi tadi.
Tangkak adalah daerah paling terjejas dengan jumlah mangsa banjir teramai membabitkan 193 orang daripada 44 keluarga yang ditempatkan di dua PPS. Ia berbanding hanya 53 mangsa daripada 11 keluarga, pagi tadi.
"Hujan lebat lebih lima jam awal pagi tadi menyebabkan mangsa banjir di beberapa PPS meningkat dengan Tangkak kini menjadi daerah paling terjejas.
"Mangsa banjir di Kulai pula menurun sedikit ke 148 orang daripada 31 keluarga yang ditempatkan di dua PPS tengah hari ini berbanding 158 mangsa daripada 33 keluarga, pagi tadi.
"Mangsa banjir di Kluang kekal dengan 34 orang daripada tujuh keluarga, begitu juga Pontian juga kekal dengan 17 mangsa daripada empat keluarga ditempatkan di sebuah PPS," kata kenyataan berkenaan.
Dalam pada itu, JPBP turut memaklumkan cuaca buruk dijangka akan berterusan hari ini, dengan lapan daripada 10 daerah di negeri ini berkemungkinan mengalami hujan lebat dan ribut petir, pada sebelah petang ini.
Ia sekali gus meningkatkan risiko banjir kilat terutama di kawasan penempatan rendah berhampiran sungai utama negeri ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... meningkat-449-orang |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|