View: 397|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Jurumekap terima upah RM10,000 tuntut bungkusan dadah dari syarikat kurier
[Copy link]
|
|
SAZALI (kiri) menunjukkan kepingan getah yang digunakan untuk menyimpan dadah jenis black cocaine pada sidang media di Cawangan Narkotik JKDM Kampung Jijan. FOTO Azrul Edham
Nilai: Seorang jurumekap wanita ditahan susulan penemuan rokok elektronik (vape) dan cecair berperisa ganja dalam bungkusan yang cuba diseludup masuk ke negara ini dari Amerika Syarikat (AS) menggunakan syarikat kurier, 10 November lalu.
Bungkusan yang diikrarkan sebagai kit alat solek itu dirampas ketika pemeriksaan di sebuah syarikat kurier di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, kira-kira jam 1.40 tengah hari.
Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan & Pematuhan), Sazali Mohamad berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia 26 tahun diupah pihak tertentu untuk menuntut bungkusan itu daripada syarikat kurier dengan bayaran berjumlah RM10,000.
"Bungkusan itu mengandungi 50 unit vape, 50 cecair vape dan dadah jenis ganja seberat 870 gram dengan nilai anggaran rampasan RM15,000.
"Turut dirampas sebuah Perodua Myvi.
"Siasatan juga mendapati suspek sudah beberapa kali membawa masuk rokok elektronik berkenaan ke Malaysia menggunakan perkhidmatan kurier untuk pasaran Malaysia," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kastam, Kampung Jijan, di sini, hari ini.
Sazali berkata, vape dan cecair berkenaan masing-masing dijual pada harga RM300 dan RM150 yang mana ia digemari golongan remaja kerana memberi kesan sama seperti pengambilan ganja, namun tidak mengeluarkan bau bahan itu.
Mengulas lanjut, beliau berkata, suspek menggunakan perkhidmatan kurier ke alamat yang tidak wujud sebelum menggunakan khidmat penghantar barang untuk menghantar bungkusan kepadanya.
Dalam kes berasingan, Sazali berkata, pihaknya berjaya mematahkan dua cubaan menyeludup keluar dadah jenis methamphetamine melalui kargo udara dan syarikat penghantaran ekspres.
"Kes pertama pada 23 Oktober lalu apabila kami menyita sebuah kotak di pintu pelepasan eksport kargo udara KLIA. Hasil pemeriksaan menemui sembilan paket teh herba yang mengandungi dadah disyaki methamphetamine.
"Dadah yang disorokkan di dalam beg galas itu dianggarkan seberat 9 kilogram (kg) dan bernilai RM324,000. Dagangan diikrarkan sebagai papan litar pencetak yang akan dieksport ke sebuah negara di kepulauan pasifik," katanya.
Bagi kes kedua beliau berkata, pihaknya menemui 400 mangkuk besi yang mengandungi paket lutsinar berisi 6.3 kg methamphetamine dianggarkan bernilai RM230,000 di dalam sebuah kotak di hub penghantaran kurier ekspres, KLIA.
"Pemeriksaan pada 8 November itu mendapati dagangan diikrarkan sebagai besi tahan karat yang akan dieksport ke sebuah negara Asia.
"Ia mempunyai dua bahagian yang dipateri dan dadah disorokkan di antaranya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ari-syarikat-kurier |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|