View: 378|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
PRU-15: 19,406 polis, askar di Negeri Sembilan memilih hari ini
[Copy link]
|
|
PROSES pengundian awal di Balai Polis Jalan Campbell, di sini, hari ini. FOTO Ahmad Hasbi.
Seremban: Seramai 19,406 pengundi membabitkan pegawai dan anggota polis serta tentera menunaikan tanggungjawab mengundi awal sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di Negeri Sembilan, hari ini.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, ia membabit seramai 15,048 pengundi tentera serta 4,358 pegawai dan anggota polis.
"Terdapat 67 saluran mengundi awal di 37 pusat mengundi awal di seluruh Negeri Sembilan.
"Bagi pusat undi di Balai Polis Jalan Campbell, di sini, seramai 1,035 anggota dan pegawai polis yang kebanyakan bertugas di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) mengundi," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mengulas lanjut Ahmad Dzaffir berkata, secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan perjalanan proses mengundi awal pada hari ini, malah, persediaan rapi yang dijalankan semalam juga memuaskan.
SPR memaklumkan keseluruhan 265,531 pengundi dalam kalangan anggota polis dan tentera menjadi kumpulan pertama penentuan mandat kerajaan menerusi PRU-15 dalam proses pengundian hari ini.
Jumlah itu terdiri daripada 146,737 orang tentera serta pasangan, 118,794 orang polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA).
Tinjauan di Balai Polis Jalan Campbell mendapati pegawai dan anggota polia pelbagai pangkat beratur seawal 7 pagi dengan rata-rata berpakaian uniform lengkap.
Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Seremban Felicia Wong Yin Ting turut hadir bertemu anggota polis bagi mendapatkan sokongan daripada mereka.
"Balai Polis Campbell adalah balai pertama yang saya lawati dan respon daripada anggota serta pegawai polis sangat positif.
"Draf aku janji saya mengambil kira kebajikan semua lapisan masyarakat termasuk anggota polis dan tentera," katanya ketika ditemui di Balai Polis Campbell di sini hari ini.
Turut kelihatan, bekas Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop yang turut menjalankan tanggungjawab mengundi awal di balai polis berkenaan dan sempat beramah mesra dengan bekas kakitangan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-memilih-hari-ini |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|